Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cua.li] | کچوالي

Definisi : 1 tidak termasuk; tetapi tidak; lain drpd; melainkan: Pejabat pos dibuka setiap hari ~ pd hari Ahad atau pd hari kelepasan am. 2 yg menyimpang (drpd kebiasaan, peraturan dll); yg terasing atau yg terpisah (drpd yg lain): Peraturan ini dikenakan pd setiap orang, tidak ada ~nya. berkecuali 1 ada kecualinya. 2 tidak menyebelahi mana-mana pihak: negara ~ negara yg tidak memihak ke mana-mana. mengecualikan menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. terkecuali terasing (drpd peraturan dll); terpisah: Kanak-kanak ~ drpd peraturan itu. kecualian sesuatu yg dikecualikan; sesuatu yg terasing atau yg terpisah drpd yg lain. kekecualian keadaan berkecuali. perkecualian perihal berkecuali; perihal (dasar dsb) tidak menyebelahi mana-mana pihak: Negara-negara Asia Tenggara mengisytiharkan ~ mereka dlm pertikaian itu. pengecualian perbuatan atau hal mengecualikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
submerged planttumbuhan tenggelamPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp.
isolationpengasinganKesihatan AwamTiadaPemisahan seseorang atau sesuatu kumpulan daripada orang lain, kecuali petugas yang bertanggungjawab atas penjagaan atau pemisahan tersebut, untuk mencegah perebakan sesuatu penyakit berjangkit dan memberikan rawatan kepada mereka.
other insurance clausefasal insurans laininsuransTiadaPeruntukan dalam semua polisi insurans kecuali hayat dan kadangkala insurans kesihatan yang menyatakan perkara yang perlu dilakukan jika terdapat kontrak insurans lain yang meliputi harta dan/atau bahaya yang sama.
cognatekognatSains KesihatanTiadaKonsonan yang dihasilkan pada tempat dan cara yang sama kecuali sama ada bersuara atau tidak bersuara.
chassiscasisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHimpunan yang membentuk bahagian utama pada suatu kenderaan kecuali badang kenderaan.
Hydrilla sp.Hydrilla sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Daunnya berbentuk lanseolat bersaiz 1.5 – 2.5 cm panjang dan 0.1 – 0.2 cm lebar. Jenis Hydrilla sp. yang popular ialah Hydrilla verticilllata.
solid state deviceperanti keadaan pepejalKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti elektronik yang tidak mempunyai bahagian bergerak kecuali gerakan cas elektrik. Contohnya, diod dan transistor.
oestrus cyclekitaran estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kitaran seks yang ditunjukkan oleh haiwan mamalia betina kecuali primat. Kitaran ini mempunyai beberapa fasa seperti proestrus, estrus, metestrus dan diestrus. Contoh haiwan yang mengalami kitaran estrus ialah kucing, kuda dan lembu.
nonrepudiationtanpa sangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan.
nonassignable policypolisi tak boleh serah hakinsuransTiadaPolisi yang tidak membenarkan pemiliknya menyerahkan hak kepada pihak ketiga kecuali dengan kebenaran.
1234

Kembali ke atas