Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1. sangat rapat (bkn anyaman, tenun­an, dll); 2. tertutup rapat (hingga tidak dapat dimasuki air, gas, dll): ~ air; ~ cahaya; ~ gas (udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : Kd pokok padi yg telah dituai, diikat dan dikumpulkan utk dibanting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dap] | کدڤ

Definisi : 1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kedap (adjektif)
Bersinonim dengan kalis, sangat rapat, tertutup rapat, padat, tidak renggang, tidak masuk udara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finishing sealantkedap penyudahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan kedap yang diletakkan pada bebibir untuk menghalang gegaran dan karat.
sealer gunpenembak kedapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyembur yang mengandungi bahan kedap yang beroperasi secara manual atau menggunakan tekanan udara.
oil sealkedap minyakKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang dipasang pada perumah yang menyokong aci yang berputar atau bahagian enjin lain yang bergerak untuk mengelakkan kebocoran minyak pelincir. Komponen ini diperbuat daripada bahan anjal seperti getah sintetik yang tahan pada suhu tinggi dan tidak mudah haus. Contohnya, kedap minyak yang terdapat pada pandu injap.
oil sealkedap minyakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengadang getah yang terdapat di sekeliling bahagian aci yang berputar untuk mengelakkan kebocoran minyak.
sealerbahan kedapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran.
anaerobic sealantbahan kedap tanpa udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan yang menjadi keras apabila dikenakan tekanan tanpa pendedahan kepada udara. Bahan ini juga menjadi keras apabila dihimpit oleh dua permukaan yang hendak dilekatkan.
valve stem sealkedap batang injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGetah yang dipasang mengelilingi batang injap untuk mengelakkan minyak pelincir masuk ke dalam kebuk pembakaran.
valve stem sealkedap batang injapKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen bukan logam yang elastik dan berbentuk silinder yang berlubang di tengahnya. Komponen ini dipasang pada batang injap melalui lubang di tengahnya bertujuan untuk mengurangkan kuantiti minyak pelincir yang melekat pada batang injap. Tindakan ini akan mengelakkan minyak pelincir daripada masuk ke dalam kebuk pembakaran.
water tight bulkheadsekatan kedap airKejuruteraanTiadaTiada
ziplock bagbeg zip kedapPengurusanTiadaSejenis beg plastik yang boleh ditutup dan dibuka semula bagi memastikan kekedapannya.
12

Kembali ke atas