Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedoktoran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scholarly teacherguru sarjanaPendidikanTiadaGuru yang mempunyai kelayakan akademik peringkat pascasiswazah (sarjana atau kedoktoran) yang mempunyai tahap kesarjanaan yang tinggi melalui amalan serta budaya penyelidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping berupaya mempengaruhi amalan pendidikan serta berkongsi penemuan dan pengetahuan pedagogi secara ilmiah, seterusnya mampu menggalakkan komuniti sekolah dan para ibu bapa untuk bersama-sama memartabatkan bidang pendidikan.
mal mustafadhasil perkhidmatanPerniagaan IslamTiadaPerolehan daripada aktiviti perkhidmatan oleh individu atau syarikat. Contoh perkhidmatan individu ialah perkhidmatan guaman, pencucian, kedoktoran dan perundingan yang menerima hasil dalam bentuk fi, komisen atau upah. Contoh perkhidmatan melalui syarikat pula ialah industri pengangkutan, perhotelan atau kewangan yang mengenakan caj perkhidmatan atau melalui bayaran tiket. Mal mustafad berbeza dengan aktiviti tijarah yang menjual barangan.
zakat mal mustafadzakat hasil perkhidmatanPerniagaan IslamTiadaPenaksiran zakat terhadap aktiviti perkhidmatan oleh individu atau syarikat. Jumhur ulama menetapkan bahawa zakat hasil perkhidmatan adalah wajib. Bagi individu, penaksiran dibuat berdasarkan nilai hasil yang diterima, sedangkan bagi syarikat, penaksiran dibuat berdasarkan zakat perniagaan. Sekiranya perkhidmatan guaman, kedoktoran atau perundingan ditawarkan melalui perniagaan berdaftar, maka sumber zakat dalam kes ini diperoleh daripada zakat gaji dan zakat perniagaan.
code of ethickod etikaPengurusanPerancanganSuatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika.

Kembali ke atas