Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring gapcelah gelangKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di antara kedua-dua hujung gelang omboh apabila dipasang di dalam silinder. Ruang ini mempunyai ukuran tertentu untuk membenarkan gelang mengembang apabila enjin panas dan kedua-dua hujung gelang tidak bertolakan antara satu sama lain.
asymmetry hearing losshilang pendengaran tak simetriSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran yang tidak sama pada kedua-dua telinga. Tahap ambang pendengaran dan jenis kecacatan pendengaran berbeza antara kedua-dua telinga.
timing markstanda pemasaanKejuruteraan AutomotifEnjinTanda lekuk pada gear atau gegancu pada kedua-dua aci seson- dol dan aci engkol. Salah satu tanda tersebut terletak pada gigi gear manakala tanda yang satu lagi terletak pada lekuk di antara dua gigi gear. Kedua-dua tanda berlekuk itu mesti berjajaran antara satu sama lain.
gametegametPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel reproduktif haploid matang sama ada sel germa betina (ovum) atau jantan (sperma). Gamet ini dihasilkan melalui proses gametogenesis. Cantuman antara kedua-dua gamet ini akan membentuk zigot. Sperma pada jantan dihasilkan di testis sementara ovum pada betina pula dihasilkan di ovari. Kedua-dua gamet ini mengandungi satu set kromosom haploid (n).
burlesqueburlesqueKesusasteraanTiadaGaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik.
comparative negligencekecuaian bandinganinsuransTiadaKecuaian kedua-dua pihak di dalam sesuatu kemalangan ditentukan mengikut peringkat sumbangan mereka yang menyebabkan kemalangan itu.
bisexualdwijantinaPerubatanPsikiatriSeseorang yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan lelaki dan wanita.
biparietal diameterdiameter biparietalKejururawatanTiadaDiameter antara kedua-dua eminens parietal tengkorak fetus yang berukuran 9.5 cm bagi bayi yang cukup bulan. Ia boleh diukur dengan sefalometri ultrasound dari gestasi 9 minggu. Ukuran bersiri semasa kehamilan dapat digunakan untuk menilai perkembangan fetus.
stumpstamKesenianTiadaAlat panjang yang tajam di kedua-dua belah, digunakan untuk mengadun kesan arang, pensel, pastel atau kapur pada lukisan.
zwitterionzwiterionKimiaKimia AnalisisIon dwikutub yang mengandungi kedua-dua kumpulan asid dan bes. Contohnya asid amino etanoik, iaitu suatu asid yang mempunyai ion dwikutub +NH3CH2COO-.
12345678910...

Kembali ke atas