Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
copykopiPentadbiran PerniagaanTiadaMenyalin data dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dalam satu fail.
lame duckkedudukan lemahSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting.
IOW blockblok IOWTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBlok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah.
hierarchyhierarkiSains PolitikPolitik PerbandinganKlasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel.
releaselepasSains KesihatanTiadaPergerakan organ pertuturan dari kedudukan artikulasi ke kedudukan rehat.
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
throttle-position sensorpenderia kedudukan pendikitKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengukur bukaan dan kedudukan injap pendikit dan menghantar maklumat kepada komputer yang mengawal pancutan bahan api. Singkatan TPS.
heteroptropiaheterotropiaSains KesihatanTiadaKedudukan aktif paksi mata yang menyisih dari kedudukan aktif mata yang satu lagi. Dikenali juga sebagai mata juling.
heterophoriaheteroforiaSains KesihatanTiadaKeadaan kedudukan pasif mata yang menyisih dari kedudukan aktifnya.
hyperphoriahiperforiaSains KesihatanTiadaKedudukan pasif mata yang menyisih ke atas dari kedudukan aktifnya.
12345678910...

Kembali ke atas