Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, berĀ­lipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kedut (kata nama)
1. Dalam konteks kain
bersinonim dengan ropol, renda, lipat, kusut, ronyok, kumal berkerumuk,

2. Dalam konteks kertas
bersinonim dengan renyuk, berkerumuk, kumal,

3. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan keresot, kerut, keretot, lisut, kempis, susut, kecut, kerdut, kesut, kerepot, gelembur, lisu, kerunyut, gedeber, kerunyut,

Kata Terbitan : berkedut, mengedut, mengedutkan, kedutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crimp markstanda kedutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKecacatan lipatan yang terdapat atas filem yang disebabkan oleh pembengkokan filem secara tajam dan biasanya berlaku semasa proses memuat serta mengeluarkan filem daripada kotak filem.
antiwrinkleantikedutHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang atau mengurangkan kedut pada kulit yang menyebabkan permukaan kulit berlipat-lipat, tidak licin atau tidak rata. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) yang bersifat antikedut.
acrylic fibergentian akrilikKesenianHiasan DalamanGentian buatan yang menyerupai bulu, bersifat lembut dan hangat. Gentian ini berfungsi untuk menggantikan bulu asli dan dijadikan permaidani, ambal atau kemasan lantai. Gentian akrilik juga bersifat tahan kedut dan tahan cemar serta mudah dibersihkan.

Kembali ke atas