Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.fa.ha.man] | کفهمن

Definisi : keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.fa.ha.man] | کفهمن

Definisi : 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kefahaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
knowledge deficitkurang pengetahuanKejururawatanTiadaKekurangan kefahaman tentang sesuatu ilmu, contohnya pesakit kurang pengetahuan tentang penyakit diabetes.
crime awarenesskesedaran jenayahKriminologiKeadilan JenayahPengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah oleh masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah.
inscape and instresspenjana inti patiKesusasteraanTiadaPenyatuan dua unsur untuk mencetuskan kefahaman mistik tentang kesatuan alam ciptaan Tuhan dalam karya sastera. Unsur tersebut menyerlahkan keunikan objek semula jadi atau objek seni di satu pihak dengan tenaga yang diperlukan untuk menyerlahkan keunikannya di pihak yang lain.
crime awareness campaignkempen kesedaran jenayahKriminologiKeadilan JenayahUsaha penyebaran pengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah kepada masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pemakluman umum melalui media, forum atau seminar tentang pencegahan jenayah.
constructivistkonstruktivisTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang pengamal dan pendukung pendekatan pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme, iaitu pelajar perlu membina kefahaman sendiri mengenai dunia persekitaran mereka. Konstruktivis sentiasa menggalakkan pelajar membuat refleksi dan membawa pengalaman lalu kepada situasi baharu dan pengetahuan baharu dibina daripada pengetahuan sedia ada.
exit tickettiket keluarPendidikanTiadaMedium penaksiran formatif sama ada dalam bentuk kertas atau widget dalam talian untuk menguji tahap kefahaman pelajar di akhir pelajaran sebagai maklum balas kepada guru.
infographicinfografikTeknologi Maklumate-PembelajaranPersembahan maklumat atau data dalam bentuk visual yang mengandungi unsur graf, carta, imej atau gabungannya bagi memudahkan kefahaman dengan sekali pandang. Infografik biasanya dipaparkan pada medium bercetak atau elektronik.
course mappeta kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranGaris panduan visual yang menunjukkan struktur susunan penyampaian dan peraturan sesuatu kursus. Peta kursus ini memudahkan kefahaman pelajar serta memberikan bimbingan mengenai arah tuju sesuatu kursus pembelajaran dengan jelas.
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.

Kembali ke atas