Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ge.li.sa.han] | کݢليسهن

Definisi : perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ge.li.sa.han] | کݢليسهن

Definisi : hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegelisahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social unrestkegelisahan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kekacauan sosial.
antianxietyantiresahHerbaPemiawaianSifat agen yang boleh mengurangkan tekanan perasaan atau kegelisahan seseorang. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
cabin feverdemam kabinPsikologiTiadaKeadaan individu yang mengalami perubahan emosi seperti kemurungan, kegelisahan dan kebosanan akibat terkurung dalam rumah atau sesuatu tempat untuk tempoh yang lama.
toluene abusepenyalahgunaan toluenaPerubatanPsikiatriPenggunaan toluena selain daripada tujuan kegunaan yang sebenar dan boleh menyebabkan kegelisahan, kekeliruan dan gangguan kognitif.
sedativesedatifHerbaPemiawaianSifat pada ekstrak herba yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan. Contoh herba yang mempunyai kesan sedatif ialah ekstrak rizom lengkuas (Alpinia galanga), buah kecubung (Datura metel) dan buah cabai pintal (Helecteres isora).
sedativepenenang/sedatifHerbaTiadaHerba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.

Kembali ke atas