Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.gem.bi.ra.an] | کݢمبيراءن

Definisi : keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.gem.bi.ra.an] | کݢمبيراءن

Definisi : hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegembiraan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euphoriaeuforiaPerubatanTiadaKeriangan atau kegembiraan yang abnormal atau berlebihan. Keadaan ini boleh dicetuskan oleh dadah tertentu atau penyakit mania.
euphoriaeuforiaPerubatanTiadaKeadaan keriangan atau kegembiraan yang abnormal atau berlebihan dan tidak berasas.
exaltationeksaltasiPerubatanTiada1. Eksaltasi: Keadaan kegembiraan atau kegirangan yang amat sangat.
hedonismhedonismePerubatanTiadaDoktrin yang mengatakan keseronokan dan kegembiraan sesuatu yang paling baik.
merry talecerita gembiraKesusasteraanTiadaCerita yang berunsurkan kegembiraan dan membuatkan audiennya berasa senang serta gembira membacanya.
anthemantem;lagu puja(gereja)KesusasteraanTiada1. Nyanyian yang bercorak kegembiraan atau sanjungan.
light versesajak ringanKesusasteraanTiadaSajak yang ditulis untuk tujuan hiburan dan kegembiraan.
hysteriahisteriaPsikologiPsikologi UmumFenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiada1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu

Kembali ke atas