Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, diguna­kan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, per­bincangan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ha.bi.san] | کهابيسن

Definisi : 1 telah habis (wang dll) dgn tidak disedari atau di luar dugaan; mengalami keadaan habis: Pasukan Askar Melayu yg lebih kecil itu telah menentang musuh hingga ~ peluru lalu menjadi korban benet Jepun.Keretanya ~ minyak di tengah jalan. 2 keadaan atau kejadian habis: ~ bekalan petrol telah menyulitkan keadaan di situ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
habis
1. Bersinonim dengan kesemuanya
( segalanya, sekaliannya, keseluruhannya, )
(adverba:)

2. Bersinonim dengan sebahagian besarnya
( hampir keseluruhan, banyak bahagiannya, )
(adverba:)

3. Bersinonim dengan siap
( selesai, beres, tamat, berakhir, )
(kata kerja:)

4. Bersinonim dengan paling
( sangat, amat, cukup, terlalu, benar-benar, )
(kata tugas:)

5. Bersinonim dengan selepas
( sesudah, setelah, )
(kata tugas:)

6. Bersinonim dengan jadi
( kalau begitu, maka, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sehabis-habis, habis-habis, habis-habisan, berhabis, berhabis-habisan, menghabiskan, kehabisan, penghabisan,

Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
range anxietykebimbangan jarakPsikologiTiadaKerisauan terhadap kehabisan kuasa bateri kenderaan elektrik sebelum sampai ke destinasi yang dituju atau stesen pengecasan.
ghost townbandar tinggalPelanconganTiadaBandar lama yang ditinggalkan oleh penghuni kerana kehabisan sumber ekonomi untuk menampung kehidupan.
reprintcetak semula-TiadaUlang cetak sesuatu judul buku apabila naskhah cetakan sebelumnya kehabisan stok.

Kembali ke atas