tribunal | tribunal | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Badan atau orang yang menjalankan fungsi kehakiman di luar sistem kehakiman biasa. badan kehakiman ini ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu. Badan ini adalah sebuah badan yang bebas dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dalam menjalankan tugasnya. Ia turut berfungsi sebagai badan penyiasat dan membuat keputusan terhadap kes yang difailkan. Sebagai contoh, Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan untuk mendengar dan mengadili tuntutan pengguna yang difailkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini menjadi satu saluran atau kemudahan alternatif kepada pengguna untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada seseorang pembekal atau pengilang dengan jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00 (2005). |
judicial decision | keputusan kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara. |
judicial independence | kebebasan kehakiman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri. |
judicial power | kuasa kehakiman | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang diberikan kepada badan kehakiman untuk mengadili dan mendengar pertelingkahan antara pihak-pihak yang terbabit. |
quasi-judicial | kehakiman semu | Undang-undang | Tiada | Perihal fungsi yang menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yang dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, contohnya tribunal. |
Judicial immunity | kekebalan kehakiman | Undang-undang | Tiada | Perlindungan mutlak kepada hakim daripada liabiliti sivil kerana perbuatan atau pertuturannya semasa melaksanakan fungsi kehakiman. |
judiciary | badan kehakiman | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Institusi yang memainkan peranan dalam mentafsir perlembagaan dan undang-undang serta membuat pengadilan sebarang kes pertikaian. Ia merupakan satu cabang daripada institusi pemerintahan negara di samping badan legislatif dan eksekutif. Bidang kuasa badan kehakiman dijalankan oleh mahkamah. Badan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai oleh para hakim dan majistret. Badan kehakiman bukan sahaja menjadi tempat pengadilan orang ramai tetapi turut menjadi sumber rujukan kepada pemerintah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Badan ini bertanggungjawab mengendalikan kes jenayah dan sivil serta sebarang pertikaian undang-undang perlembagaan. Pengadilan yang dibuat oleh badan ini mencerminkan tingkat keadilan yang diamalkan dalam sesebuah negara. |
direct attack | tindakan langsung | Undang-undang | Tiada | Sesuatu cubaan untuk menjadikan sesuatu prosiding kehakiman tidak sah atau untuk membetulkan sesuatu prosiding kehakiman mengikut cara yang diperuntukan oleh undang-undang. |
municipal court | mahkamah nasional | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi kehakiman yang ditubuhkan oleh sesebuah negara, yang membentuk salah satu organ negara berkenaan. Keputusan mahkamah nasional adalah sebahagian daripada keputusan kehakiman yang menjadi salah satu sumber undang-undang antarabangsa. Keputusan mahkamah nasional juga adalah antara bukti negara berkenaan mengamalkan sesuatu prinsip undang-undang. Pada masa yang sama, kegagalan mahkamah nasional untuk memberikan keadilan kepada orang asing yang dicederakan, atau syarikat asing yang hartanya diekspropriasi (diambil alih) tanpa pampasan yang mencukupi, boleh menyebabkan negara berkenaan menanggung liabiliti di peringkat antarabangsa. |
judicial notice | notis kehakiman | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Peraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen |