determinant of tourism | penentu pelancongan | Pelancongan | Tiada | Faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam sesebuah industri pelancongan. |
attribution retraining | pemulihan sikap | Pendidikan | Tiada | Terapi pencegahan yang bertujuan untuk mengubah konsep diri tentang kejayaan dan kegagalan yang dialami pada diri seseorang. Lihat juga causal attributions. |
corporate event | acara korporat | Pelancongan | Tiada | Acara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat. |
spin-off | keluaran sampingan; terbitan turunan | Penerbitan | Tiada | Penghasilan sesebuah buku, filem atau siri televisyen baharu yang datang selepas kejayaan sesebuah buku, filem atau siri televisyen. |
human leukocyte antigen system (HLAs) | sistem antigen luekosit manusia (HLAs) | Kejururawatan | Tiada | Sistem keserasian tisu limfosit-A yang menentukan kejayaan pemindahan tisu atau organ antara penderma dengan penerima. |
delayed breeding | pembiakbakaan tertangguh | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Melewatkan permulaan pembiakan pada haiwan tertentu selepas mencapai kematangan fisiologi. Pembiakbakaan tertangguh akan mengurangkan kejayaan pembiakan sepanjang hayat haiwan tersebut. |
pure salvage (marine) | salvaj tulen (marin) | insurans | Tiada | Upah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut. |
spoonerism | spoonerisme | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penulisan yang digunakan oleh penggodam untuk menghasilkan nama yang menarik lagi dirinya sendiri ataupun untuk menanda mesej kejayaan dicerobohi pengguna hasad. Contohnya, Kitizen Cane adalah suatu spoonerisme untuk Citizen Kane. |
semen quality | kualiti semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan. |
peripeteia | peripeteia | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan yang mendadak terhadap situasi kehidupan dan nasib sesebuah watak dalam drama. Peripeteia melibatkan kejatuhan sementara dalam komedi yang akan membawa kepada kejayaan dan kemewahan. Konsep ini pertama kali digunakan oleh Aristotle dalam karyanya berjudul The Poetics semasa beliau membincangkan tentang wira tragik dalam drama tragedi. Peripeteia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �perubahan mendadak�. Lihat juga komedi, tragedi. |