nursing actions | tindakan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pelaksanaan penjagaan kejururawatan yang terdiri daripada dua kategori, iaitu: (a) tindakan autonomi kejururawatan (b) tindakan kejururawatan berpreskripsi. |
nursing implementation | pelaksanaan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Langkah dalam proses kejururawatan yang melaksanakan tindakan kejururawatan yang telah dirancang. |
nursing objective | objektif kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Matlamat untuk menyelesaikan masalah pesakit yang ditentukan oleh jururawat semasa membuat perancangan kejururawatan. Ia berguna untuk menilai keberkesanan tindakan kejururawatan. |
nursing | kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Perihal pengurusan dan amalan kejururawatan yang dilakukan oleh seorang jururawat berdaftar. |
nursing rationale | rasional kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan kejururawatan yang menjelaskan sebab dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan. |
nursing data | data kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Maklumat kejururawatan tentang pesakit yang dikumpulkan oleh jururawat semasa pentafsiran. |
nursing decision | keputusan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pertimbangan kejururawatan yang dibuat untuk mengekalkan atau menyingkirkan sesuatu tindakan bagi mencapai maklumat kesihatan pesakit. |
nursing care | penjagaan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Khidmat penjagaan kejururawatan yang merangkumi pemerhatian, pengurusan, pelaksanaan, keprihatinan dan pemakluman kepada pesakit. |
nursing diagnosis | diagnosis kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Langkah dalam proses kejururawatan yang mengenal pasti masalah pesakit berdasarkan data sejarah dan pemeriksaan fizikal. |
nursing plan | perancangan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Langkah dalam proses kejururawatan yang merangsang tindakan perawatan untuk mencapai objektif yang telah ditentukan. |