Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : famili tumbuhan yg bijinya ter­kandung dlm lenggai, legum; ~ makanan ternak kekacang yg dijadikan makanan bina­tang ternak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : sj ikan laut, kacang-kacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan (kacang dll) yg biji buahnya terkandung di dlm kulit yg bersekat-sekat atau lenggai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Sphyraena spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekacang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cover crop legumekekacang penutup bumiVeterinarTiadaTanaman kekacang yang ditanam di antara pokok dalam ladang tanaman utama seperti kelapa sawit dan getah. Tujuan utama penanaman kekacang ini adalah untuk mengelakkan hakisan tanah dan mengelakkan tanah terlalu terdedah kepada sinaran matahari. Selain itu, penanaman kekacang ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah. Tanaman ini berupaya mengikat nitrogen daripada udara dengan bantuan bakteria dan disimpan dalam bentuk nitrit pada bintil akarnya. Di samping itu, penanaman kekacang ini boleh mengurangkan pertumbuhan rumpai lain yang menyerap nutrien dan mengurangkan perolehannya kepada tanaman utama. Antara kekacang yang biasa ditanam ialah kalopo (Calpogonium muconoides), sentro (Centrosema pubescens), desmo (Desmodium ovalifolium) dan puero (Pueroria phaseoloides). Kesemua kekacang ini juga sesuai ditanam secara bercampur dengan rumput terpilih supaya dapat menambah kesuburan tanah di samping sesuai untuk ragutan ternakan ruminan. Hasil bahan kering kekacang ini agak rendah iaitu 5-10 tan/hektar/
pulseskekacangPertanianAgronomi

Tumbuhan daripada famili Leguminoseae atau Fabaceae. Ciri-ciri tumbuhan ini termasuklah mempunyai daun majmuk, buah yang berbentuk lenggai dan akar yang berupaya mengikat nitrogen melalui simbiosis dengan bakteria Rhizobium. Kekacang boleh digunakan sebagai makanan berprotein tinggi seperti kacang tanah dan kacang soya. Daun kekacang pula diragut oleh ternakan untuk mendapatkan sumber protein. Kadangkala kekacang seperti Mucuna bracteata dan Centrosema pubescens digunakan sebagai penutup bumi di ladang kelapa sawit dan getah.

stylo legumekekacang stiloVeterinarTiadaSejenis kekacang yang ditanam sebagai tanaman penutup bumi untuk mengelakkan hakisan tanah. Tanaman ini juga dapat meningkatkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen kerana mempunyai banyak nodul pada akarnya. Kandungan protein kasar dalam tanaman ini tinggi melebihi 20%. Tanaman ini boleh juga dijadikan sumber protein untuk ternakan. Nama saintifik: Stylosanthes gracilis.
bean-up techniqueteknik kekacangKejuruteraanTiadaTeknik yang mengawal pengeluaran pasir dari telaga dengan menggunakan kekacang.
pulsedenyut; kekacang; nadiPentadbiran PerniagaanTiada3. Nadi: Turutan gelombang-gelombang di dalam suatu arteri disebabkan oleh pengecutan ventrikel kiri dan yang sepadan dengan kadar denyut jantung.,4. Kekacang: Sejenis tumbuhan yang mempunyai buah berbiji-biji, biasanya jenis memanjat, boleh dijadikan biji benih dan boleh dimakan.
leucaenapetai belalangVeterinarTiadaKekacang yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah jika tanahnya subur. Kekacang ini kurang sesuai pada keadaan tanah yang berpasir atau air bertakung. Tanaman ini mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali dan keadaan ini membuatkan ia tahan terhadap keadaan kemarau. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih pada jarak 50 cm di antara pokok dan 1 meter di antara baris. Tanaman ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15-20 tan/hektar/tahun dengan protein kasar sebanyak 22-24%. Daun petai belalang amat disukai oleh ternakan ruminan. Ragutan yang berlaku di kawasan petai belalang yang bercampur dengan rumput boleh meningkatkan pengeluaran ternakan. Selain itu, petai belalang juga mengandungi mimosin iaitu sejenis racun yang boleh menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid
glyricidiaglirisidiaVeterinarTiadaPokok kekacang bersaiz sederhana dan mudah hidup. Pokok ini ditanam di kawasan ladang sebagai tanaman pelindung bagi tanaman teh, kopi dan koko. Pokok tahunan berakar panjang ini dapat menghasilkan bahan kering sebanyak 5-10 tan/hektar dan 17-19% kandungan protein kasar. Kekacang ini boleh juga ditanam sebagai pagar dan dipotong untuk makanan ternakan. Walaupun mengeluarkan biji benih, ia boleh dibiak dengan menggunakan keratan batang. Pokok ini tahan diragut dan dilentur tanpa banyak kerosakan. Pada musim kemarau dan semasa berbunga, daunnya akan gugur dan selepas itu pokoknya terus hidup semula. Nama saintifik: Glyricidia sepium.
rhizobiumrizobiumBiologiEkologiBakteria yang berhubung dengan legum dalam pengikatan nitrogen. Misalnya, bakteria azotobakter yang terdapar pada bintil-bintil akar pokok kekacang, terlibat dalam pengikatan nitrogen atmosfera untuk digunakan oleh tumbuhan kekacang.
bean-bag dental chairkerusi pergigian beg kekacangPergigianTiadaKerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya.
sparteine poisoningkeracunan sparteinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sparteina (formula kimia, C15H26N2), iaitu cecair berminyak likat, larut dalam air, etanol, kloroform dan eter. Alkaloid ini diperoleh daripada kekacang lupin kuning (Lupinus luteus) dan kekacang lupin hitam (Lupinus niger), yang digunakan dalam perubatan sebagai stimulan jantung dan dalam rawatan awal pelahiran. Tanda utama keracunan ialah denyutan lemah, pernafasan tertekan, konvulsi dan paralisis. Kepekatan terapeutik ialah 0.5 �g /mL - I �g /mL
12345678910...

Kembali ke atas