intimate partner violence | keganasan pasangan intim | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang melibatkan penderaan fizikal, psikologi dan seksual. |
intimate partner homicide | bunuh pasangan intim | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan antara pasangan intim seperti suami isteri, pasangan kekasih dan pasangan bersekedudukan yang menyebabkan kematian mangsa. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |
repetition | perulangan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa dalam puisi y,mg terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan juga rangkap. Contohnya, pengulangan baris, 'bila kita bertemu' petikan daripada puisi "Pertemuan" dalam antologi Bunga Gerimis karya Adi Badiozaman Tuah. Baris tersebut diulang permulaan baris setiap rangkap. Tujuan pengulangan dalam puisi selain dari untuk menguatkan maksud tertentu adalah juga untuk menimbulkan suasana pengucapan yang muzikal, berirama dan indah. Bila kita bertemu jangan kaurebahkan diri di atas ranjang kenangan kerana untuk merenangi semula tasik ingatan itu Bila kita bertemu biarlah kita berdepan bagi sepasang kekasih mencari tapak kekuatan masa kini |
platonism | platonisme | Kesusasteraan | Tiada | Doktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato. |