rent-seeking | untung atas angin | Ekonomi | Tiada | Tindakan mengembangkan kekayaan sedia ada dengan memanipulasi persekitaran sosial atau politik tanpa mencipta kekayaan baru. |
social capital | aset sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kekayaan masyarakat dalam bentuk pelajaran, seni, keharmonian, dan sebagainya. |
idle limiter | pengehad melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang mengawal kekayaan maksimum bagi campuran melahu dalam karburetor. |
cleptocrat | kleptokrat | Sosiologi | Tiada | Pemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat. |
aristocrat | golongan bangsawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat. |
hybris/hubris | tablur | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan serta penyusunan dua perkataan yang dicantumkan atau digabungkan. Penggunaannya dapat menambahkan kekayaan bahasa dan menimbulkan kesan kepadatan pengucapan. Antaranya seperti deritalara, ajuksenda, mimpiwangi, merpatiduka dan sebagainya. |
major power | kuasa utama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang diiktiraf sebagai memiliki ke kuatan ketenteraan, pengaruh politik dan kekayaan ekonomi yang besar di peringkat dunia dan suaranya sentiasa mendapat perhatian. Antara kuasa utama ialah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang terdiri daripada Great Britain, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Rusia. Dalam majlis ini, mereka memiliki kuasa veto terhadap keputusan yang telah dibuat. Dasar luar negara ini boleh mempengaruhi perkembangan politik dunia seperti campur tangan Amerika Syarikat ke atas Iraq atau tindakan Soviet Union menyerang Afghanistan pada dekad 1980-an. Kuasa utama juga merujuk kepada negara lain yang besar pengaruhnya terutama dalam mempengaruhi ekonomi dunia seperti Jerman dan Jepun. |
vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
horizontal equity | ekuiti mendatar | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza. |
development economics | ekonomi pembangunan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi. |