Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ker.di.lan] | ککرديلن

Definisi : perihal (keadaan) kerdil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ker.di.lan] | ککرديلن

Definisi : keadaan atau sifat kerdil: ~nya menyebabkan dia berasa rendah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekerdilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dwarfismkekerdilanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSaiz badan yang kecil atau rendah disebabkan oleh faktor genetik atau perubatan. Kekerdilan ini terbahagi kepada dua, iaitu kekerdilan tak seimbang dan kekerdilan seimbang. Kekerdilan tak seimbang ialah apabila ada antara anggota badan yang bersaiz kecil dan ada yang bersaiz biasa. Kekerdilan seimbang ialah anggota badan berkeadaan kecil dengan saiz yang sama.
psychosocial dwarfismkekerdilan psikososialPerubatanPsikiatriGangguan tumbesaran yang dialami oleh kanak-kanak yang berumur antara dua hingga 15 tahun disebabkan oleh deprivasi psikososial yang melampau.
chromosomal abnormalitykeabnormalan kromosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu keadaan apabila terdapat kecacatan pada kromosom disebabkan penambahan bahan genetik, kehilangan sebahagian atau keseluruhan kromosom, atau pembentukan kromosom yang tidak sempurna. Keabnormalan kromosom boleh juga berpunca daripada kecacatan penyusunan bahan genetik pada kromosom. Dua jenis keabnormalan kromosom boleh berlaku semasa meiosis, iaitu aberasi nombor kromosom dan aberasi struktur kromosom. Haiwan yang mempunyai keabnormalan kromosom akan menunjukkan tanda fizikal tertentu seperti kekerdilan pada lembu.
additive gene actiontindakan gen tambahPenternakanGenetik dan PembiakbakaanInteraksi alel ialah setiap dua alel yang menyumbang dengan sama rata kepada penghasilan fenotip kualitatif. Tindakan gen tambahan ini berlaku dalam keadaan dominan tidak wujud dan menghasilkan heterozigot yang pertengahan pada fenotip. Contoh fenotip kualitatif pada lembu termasuklah jenis darah, warna bulu, ada atau tiada tanduk dan kekerdilan.

Kembali ke atas