Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.ko/] | کيکوق

Definisi : (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati; kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ko/] | کيکوق

Definisi : /kékok/ canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa); tidak kemas gerak-gerinya: Sedikit pun tidak ~ lagi dia bekerja dan bercampur gaul dgn kelasi-kelasi lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekok (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, kaku, janggal, gabir, kurang biasa, tak kena.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital immigrantimigran digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital.
digital nativejati digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital.

Kembali ke atas