Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ko.so.ngan] | ککوسوڠن

Definisi : keadaan kosong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kosong (adjektif)
1. Dalam konteks bekas
bersinonim dengan tidak berisi
Berantonim dengan penuh

2. Dalam konteks angka
bersinonim dengan sifar, nol, nihil,

3. Dalam konteks ruang
bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,

4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng,
Berantonim dengan bernas

5. Bersinonim dengan hampagas: vakum

6. Bersinonim dengan berongga: lompang
Berantonim dengan padat

7. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,

Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ullage vapourwap kekosonganAeroangkasaTiadaBahan dorong cecair yang terwap, yang memenuhi ruang kekosongan dalam tangki bahan dorong. Sinonim : ullage pressure
ullage pressuretekanan kekosonganAeroangkasaTiadaBahan dorong cecair yang terwap, yang memenuhi ruang kekosongan dalam tangki bahan dorong.
Auger effectkesan AugerFizikAtom dan NuklearProses spontan bagi atom yang mempunyai kekosongan elektron pada petala paling bawah (K) yang melaras semula keadaannya kepada keadaan yang lebih stabil dengan mengisi semula kekosongan ini dengan elektron dari paras ikatan yang lemah (L₁). Tenaga yang dibebaskan daripada peralihan ini akan dipindahkan kepada elektron pada petala yang lebih kurang tenaga ikatannya (L₂) dan elektron ini dilecit dari atom sebagai elektron Auger.
unoccupied buildings insuranceinsurans bangunan tidak didiamiPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans perniagaan yang dikeluarkan di bawah insurans kebakaran standard yang melarang kekosongan dan tidak didiami lebih daripada sesuatu masa yang ditetapkan. Kebenaran diberi kepada kekosongan yang tidak ada had dan yang tidak didiami biasanya diberi dalam bentuk yang digunakan di kawasan yang dikawal insurans tanpa sebarang bayaran premium tambahan. Dalam kawasan yang tidak dikawal kebenaran diberikan dengan mengenakan premium tambahan, apabila perlu.
vacancykekosonganFizikTiadaTiada
ullagekekosonganKejuruteraanTiadaTiada
vacancykekosonganKimiaTiadaTiada
vacancykekosonganPentadbiranTiadaTiada
vacancykekosonganUndang-undangTiadaTiada
vacancykekosonganKejuruteraanTiadaKedudukan atom yang kosong kerana kehilangan atom dalam hablur.
1234

Kembali ke atas