ionic strength | kekuatan ion | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran keamatan medan elektrik yang terdapat dalam satu larutan. Bagi sesuatu larutan elektrolit, kekuatan ion I diberi oleh I = ½ Si Mi Zi2 dengan z ialah cas pada spesies ionik dan M ialah kepekatan dalam molar spesies ion itu. Penambahan dibuat bagi setiap spesies ion i dalam larutan. |
Kelly-Tyson equation | persamaan Kelly-Tyson | Fizik | Nanoteknologi | Persamaan yang digunakan untuk pengiraan kekuatan terikan keluli sebagai fungsi daripada pecahan isi padu nanotiub karbon. Kekuatan terikan keluli bertambah sebanyak tujuh kali ganda jika keluli mengandungi 30% nanotiub karbon. |
Hall-Petch equation | persamaan Hall-Petch | Fizik | Nanoteknologi | Persamaan yang mengaitkan kekuatan ?y dengan saiz butiran d dan diungkap sebagai: ? y = ?0 + kyd-(1/2) dengan ?0 ialah tegasan geseran yang menentang pergerakan kehelan dan ky ialah pemalar. Contohnya, bahan pukal yang terdiri daripada butiran bersaiz 50 nm mempunyai kekuatan alah 4.14 GPa. Peningkatan nilai kekuatan alah ini adalah disebabkan pertambahan sempadan butiran yang menghalang pergerakan kehelan. |
decision making application | aplikasi pembuat keputusan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Atur cara yang direka bentuk untuk membantu membuat keputusan yang wajar berdasarkan penyusunan maklumat daripada kombinasi data mentah, dokumen, pengetahuan peribadi atau model perniagaan bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Aplikasi ini menggabungkan kekuatan pemikiran manusia dengan kekuatan sistem pemodelan untuk mendapatkan keputusan yang optimum dan lebih tepat. Contoh penggunaan aplikasi ini adalah dalam menentukan rawatan yang terbaik kepada pesakit berdasarkan maklumat penyakit dan risiko yang akan dihadapi. |
water cement ratio | nisbah air simen | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah berat air berbanding dengan berat simen dalam satu unit isi padu. Nisbah air simen sangat mempengaruhi kekuatan konkrit, iaitu lebih tinggi nisbah air simen, maka lebih rendah kekuatan konkrit. |
family strength | kekuatan keluarga | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
solvent strength | kekuatan pelarut | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan sesuatu pelarut untuk dijerap oleh sesuatu penjerap dalam kromatografi misalnya alumina atau gel silika. |
pavement strength | kekuatan turapan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
force | daya | Kesusasteraan | Tiada | Satu kekuatan atau tenaga berkeupayaan luar biasa. |
pathos | kehibaan | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca. |