Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ku.han] | ککوکوهن

Definisi : kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ku.han] | ککوکوهن

Definisi : sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
penetration testingujian penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah menguji kekukuhan mekanisme keselamatan sistem komputer dengan membuat pencerobohan yang terancang. Matlamat pengujian ini adalah untuk mencari kelemahan yang tidak dijangka pada prasarana sistem komputer. Pihak yang menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka langkah pembaikan akan diambil untuk menyelesaikannya.
bent testujian tekanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKaedah menguji bahagian yang sudah dikimpal dengan menggunakan mesin tekan untuk menentukan kekukuhan kimpalan.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.

Kembali ke atas