Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekuningan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chlorineklorinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, iaitu ahli kumpulan halogen, simbol CI, nombor atom 17, berat atom 35.435, nombor pengoksidaan –1, +1, +3, +4, +5 dan +7, takat beku –101.6oC, takat didih –34.6oC, wujud sebagai gas dwiatom yang berwarna hijau kekuningan, berbau sengit, tidak terbakar tetapi membantu pembakaran, beracun dan merupakan unsur yang sangat elektronegatif serta agen pengoksidaan yang sangat kuat. Unsur ini terdapat dalam dua bentuk isotop yang stabil, iaitu CI-35 dan CI_37. Klorin disediakan secara elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon, atau secara elektrolisis asid hidroklorik. Unsur ini digunakan sebagai agen pengklorinan dan untuk membuat racun perosak, plastik, bahan penyejuk, propelan, bahan peluntur dan sebatian lain seperti karbon tetraklorida.
tantan; samak; sawo matang;warna samakKesenianTiada1. Warna perang kekuningan.
diacetyldiasetilKimiaTiada1. Awalan yang menunjukkan mempunyai dua gugus asetil.,2. Cecair berwarna hijau kekuningan, takat didih 88oC, mempunyai bau yang kuat dan digunakan dalam pembuatan makanan, CH3COCOCH3.
aragonitearagonitGeologiTiada1. Kumpulan mineral karbonat ortorombus, termasuk aragonit alstonit, witerit, strontianit, dan serusit.,2. Mineral ortorombus berwarna putih kekuningan, atau kelabu terdapat dalam lapisan gipsum dan bijih besi, dan termendap dari mata air panas; CaCO3.
cyproheptadine hydrochloridesiproheptadina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia C21H21N.HCl.1�H2O; nama dagang, Antegan dan Nuran. Hablur putih kekuningan yang larut dalam metanol, etanol dan kloroform, larut sedikit dalam air, tetapi tak larut dalam eter. Siproheptadina hidroklorida merupakan antihistamina yang digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk hidung tersumbat, ruam kulit, dan gatal-gatal.
albinoalbinoBiologiGenetik1. Organisma mutan yang wujud kerana kekurangan pigmen. Pada haiwan, sifat ini diwarisi secara resesif autosom. alelomorf. 2. Tumbuhan-tumbuhan yang kekurangan kromoplas sehingga kelihatan pucat atau kekuningan.
Mayaca sp.Mayaca sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana.
bromine poisoningkeracunan brominKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera
thiopental sodiumtiopental natriumKimiaForensikFormula kimia, C11H17N2NaO2S; nama dagang, Trapanal, Nesdonal Sodium, Intraval Sodium. Serbuk putih kekuningan, larut dalam air dan etanol, tak larut dalam eter, benzene dan petroleum eter. Tiopental natrium merupakan barbiturat yang mempunyai jangka masa tindakan yang singkat. Barbiturat ini digunakan untuk membantu tidur dan menenangkan fikiran, sebagai anestetik umum untuk prosedur pembedahan yang memerlukan masa 15 minit atau kurang, dan sebagai agen induksi untuk anestetik umum lain. Dos intravena ialah 2 mL - 3 mL larutan 2.5%. Kepekatan terapeutik ialah 1 �g/mL - 5 �g/mL, kepekatan maut ialah 10 �g/mL - 15 �g/mL.
Solanum torvumTerung pipit, terung rembangPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala.
12

Kembali ke atas