breech birth | kelahiran songsang (PEM.MAN), kelahiran breech | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi yang punggungnya keluar dahulu, bukan kepala. |
fiscal year of birth | tahun fiskal kelahiran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang tempoh 12 tahun yang digunakan dalam kajian kemortalan untuk menetapkan tahun kelahiran. Tahun fiskal kelahiran ialah tahun kalendar selepas, sebelum atau paling hampir dengan tarikh kelahiran. |
induced labour | kelahiran cetusan | Perubatan | Tiada | Kelahiran yang sakit permulaannya dibuat secara buatan, terutama apabila penghamilan telah berlangsung lebih daripada jangka tarikh kelahiran atau jika terdapat risiko lain. |
ghost-form | bentuk bayangan | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya. |
breech delivery | kelahiran songsang | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi yang didahului dengan bahagian punggung. |
breech delivery | kelahiran songsang | Kejururawatan | Tiada | Kelahiran melalui vagina dengan presentasi fetus selain kepala, seperti presentasi punggung atau kaki. |
abdominal delivery | kelahiran abdomen | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi melalui pembedahan abdomen. Sin: pembedahan Caesar |
forceps delivery | kelahiran forseps | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi dari rahim secara memegang kepala bayi dengan forseps tanpa mencederakan bayi dan ibu. |
premature birth | kelahiran pramatang | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi yang belum matang atau cukup bulan. |
birth rate | kadar kelahiran | Matematik | Tiada | Bilangan kelahiran hidup dalam sesuatu kawasan yang berlaku dalam satu tahun, per 1000 wanita dalam lingkungan umur dapat melahirkan anak. |