Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak berapa terang (bkn cahaya, keadaan hari, dll), (agak) gelap, suram: hari sudah mulai ~; ia berada dlm cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang atau jelas kelihat­an (bkn tulisan, benda, dll), kabur; 3. kurang nampak (mata), tidak dapat melihat dgn terang, kabur: surat itu susah hendak dibacanya kerana matanya ~; ~ baja petang hari (kira-kira pukul empat); ~ lebam (pekat, keciak, kelimut) ark sangat gelap, gelap-gelita; ~ disigi, lekung ditinjau prb sesuatu yg kurang jelas hendaklah diselidiki dgn saksama; mengelamkan 1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan; kekelaman perihal kelam, kegelapan: dlm ~ gerhana itu, Dewi melarikan diri; pengelaman perihal atau perbuatan menge­lamkan, penggelapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelam I

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
twilight areakawasan kelamPenilaian Harta TanahTiadaTiada
mobocracymobokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang berada dalam keadaan kucar-kacir atau kacau-bilau apabila perusuh menguasai keadaan. Pada masa ini, undang-undang tidak dipatuhi dan masyarakat menjadi kelam-kabut. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan telah kehilangan kuasa atau gagal mengawal ketenteraman awam. Institusi pemerintahan seperti polis, tentera, kastam dan imigresen tidak berupaya melaksanakan tugas secara berkesan. Contohnya, Indonesia selepas kejatuhan nilai wang pada tahun 1998 dapat dianggap sebagai mobokrasi.
plain stylegaya lugasKesusasteraanPuisiCara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah.

Kembali ke atas