Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelas (golongan) dlm masyarakat yg bertingkat-tingkat menurut taraf hidup, asal keturunan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelas (kata nama)
Bersinonim dengan peringkat, tingkatan, golongan, kumpulan, bahagian, kategori;,
Kata Terbitan : sekelas, berkelas-kelas, mengelaskan, pengelasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social classkelas sosialPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembahagian kumpulan masyarakat mengikut taraf ekonomi, kedudukan atau kekuasaan yang dimiliki.
administrative classkelas pentadbiranSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang terbentuk daripada kalangan ahli pentadbir yang menduduki peringkat tinggi birokrasi pemerintahan. Ciri-ciri sosial kelas ini adalah dengan menonjolkan sifatnya tersendiri seperti peka kepada status, gaya kehidupan kebaratan, bertutur dalam bahasa lnggeris dan mengutamakan hierarki sosial. Contohnya, Elit Pentadbir Melayu (MAS) pada era kolonial lnggeris.
bourgeoisieborjuisSains PolitikPolitik PerbandinganKelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis. Istilah atau konsep borjuis ini berasal daripada bahasa Perancis yang dipinjam daripada perkataan Itali iaitu borghesia yang bermakna rumah golongan kaya yang berada di tengah-tengah perkampungan. Kelas borjuis mula muncul pada zaman pertengahan Itali melalui penguasaan terhadap faktor-faktor pengeluaran dan menjadi kaya berbanding dengan masyarakat di sekeliling mereka. Keadaan ini menjadikan mereka secara relatifnya lebih berkuasa dan berpengaruh sehingga setaraf dengan kelompok elit pemerintah atau golongan gereja pada ketika itu. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Karl Marx (1818-1883) bagi menghuraikan fenomena kelas sosial yang wujud dalam masyarakat kapitalis yang menguasai modal. Menurut Marx, golongan borjuis menguasai kelas bawahan iaitu kelas proletar (pekerja) secara dominasi dan memanipulasi tenaga kerja yang berlebihan dengan membayar upah yang rendah. Situasi ini dilihat oleh Marx sebagai satu bentuk penindasan golongan borjuis terhadap kelas pekerja.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
social disparitiesketakseimbangan sosialPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPerbezaan yang ketara antara dua atau lebih kelas sosial.
middle classkelas menengahSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan.
sociology of literaturesosiologi sasteraKesusasteraanTiadaKajian yang memfokuskan hubungan antara teks dengan konteks sosial. Kajian akan melahirkan teks tersebut, termasuklah pendidikan, khalayak, penerbitan, persembahan pentas kelas sosial, dan ideologi pengarang dan khalayaknya. Ahli sejarah Perancis, Hippolyte Taine sering dianggap sebagai pengasas sosiologi sastera. Beliau menekankan bahawa sesebuah teks boleh diperjelas menurut tiga faktor utama, iaitu ras, persekitaran, dan masa. Sosiologi sastera sering dikaitkan dengan pendekatan Marxis tentang kajian budaya. Contohnya, sebarang kajian sosiologi sastera terhadap novel Salina oleh A. Samad Said akan melibatkan tumpuan terhadap latar belakang penulis, zaman perang yang melatari novel tersebut, sejarah penerbitan yang menyebabkan novel ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan lain-lain.
social class theoryteori kelas sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang melihat masyarakat sebagai berstrata yang dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi, sosial dan politik. Pendekatan ini dipopularkan oleh Hobbes, Locke, Rousseau, Weber dan Marx. Namun begitu, teori yang diutarakan oleh Karl Marx mendapat perhatian yang serius. Marx melihat masyarakat industri terbahagi kepada dua kelas utama iaitu kelas kapitalis dan buruh. Kelas kapitalis memiliki alat pengeluaran seperti modal, kilang, jentera, sumber alam dan sebagainya, manakala golongan buruh hanya memiliki tenaga kerja yang diperlukan oleh kapitalis. Kapitalis mengeksploitasi tenaga buruh untuk memaksimumkan keuntungan, sementara buruh tidak diberi pilihan melainkan bekerja dalam keadaan yang tertindas dan terpisah dengan alam sosialnya. Konflik menjadi unsur penting kepada perubahan masyarakat ini. Kesedaran kelas yang timbul di kalangan golongan pekerja akan mendorong berlakunya revolusi bagi menjatuhkan kelas atasan yang akhirnya akan memberi laluan kepada pembentukan negara komunis yang bersifat tanpa kelas.
class conflictkonflik kelasSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua kelas sosial yang diwarnai dengan unsur antagonistik dan ketegangan dalam sesebuah masyarakat. Pertentangan ini tercetus disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan politik, ekonomi dan sosial. Dalam konteks sejarah, konflik kelas dilihat sebagai unsur utama yang melahirkan perubahan dan perkembangan sistem sosial, misalnya daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis iaitu manifestasi persaingan antara aristokrat dengan pemodal. Pertentangan kelas dalam masyarakat biasanya ditonjolkan dalam kehidupan seharian khususnya dalam politik. Ketegangan ini dimanifestasikan dalam pelbagai tindakan antaranya bersifat ganas dan berpanjangan seperti yang berlaku dalam Peperangan Daerah Johnson di Wyoming, Amerika Syarikat pada abad ke-19, bersifat tersembunyi seperti yang berlaku dalam produksi perkilangan antara pekerja dengan majikan atau dalam pertentangan yang bersifat kepartian seperti Parti Buruh dengan Parti Konservatif. Sinonim pertentangan kelas.
social stratumlapisan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan masyarakat yang berstrata atau berlapis-lapis. Setiap masyarakat mempunyai strata atau kelas yang berbagai-bagai seperti kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kewujudan kelas yang pelbagai ini menjadikan masyarakat itu dilihat berlapis. Dalam masyarakat yang sebenar, pembahagian susun lapis lebih kompleks disebabkan oleh perkembangan industrialisasi dan modenisasi yang berlaku. Susun lapis masyarakat tradisional boleh dibahagi kepada dua strata iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Manakala bagi masyarakat moden, susun lapisnya terdiri daripada pelbagai kelas seperti kelas elit, bangsawan, aristokrat, kelas menengah atas, kelas menengah bawah, kelas peniaga, buruh dan petani. Sinonim penstrataan.
123

Kembali ke atas