agglomeration advantage | kelebihan pengelompokan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kelebihan atau kebaikan bagi bandar yang terhasil daripada pengelompokan bandar terutama sekali dari segi infrastruktur. |
political elite | elit politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekumpulan kecil anggota masyarakat yang berada di peringkat atasan yang memiliki kelebihan kuasa, pendidikan dan ekonomi berbanding dengan rakyat kebanyakan. Dengan kelebihan ini, mereka dapat menguasai politik dan pemerintahan serta sekali gus memelihara kepentingan mereka. Walaupun golongan ini bersaing sesama sendiri dalam dunia poIitik sesebuah negara namun kuasa politik tetap berlegar di kaIangan mereka. Sifat-sifat yang wujud pada elit politik boleh berbentuk moden, tradisional mahupun militer yang bersesuaian dengan struktur masyarakat tersebut. Contohnya, pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang menganggotai kabinet tergolong dalam elit polilik di Malaysia. |
comparative advantage | kelebihan bandingan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kaedah yang membolehkan sesebuah negara mengeluarkan sesuatu produk dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan negara lain. Ini disebabkan antaranya oleh kedudukan geografi, kestabilan politik, dan buruh. |
differential access advantage | kelebihan laluan berbeza | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Cushing's syndrome | sindrom Cushing | Kejururawatan | Tiada | Keadaan yang disebabkan oleh kelebihan hormon kortikosteroid dalam tubuh. Keadaan ini dicirikan oleh pertambahan berat badan, pertumbuhan bulu-bulu pada muka dan tubuh yang berlebihan, muka dan badan kelihatan gemuk, kenaikan tekanan darah, osteoporosis, dan hipergligemia. |
adsorption indicator | penunjuk penjerapan | Kimia | Kimia Analisis | Penunjuk yang digunakan untuk mengesan sedikit kelebihan bahan atau ion di dalam larutan. Apabila penunjuk ini dijerap, mendakan (bahan atau ion) akan menjadi berwarna. |
drowsy | mamai | Kejururawatan | Tiada | Keadaan seseorang yang separuh lena akibat pengambilan ubat tertentu atau kelebihan fizikal. |
decapsulation | nyahkapsul | Perikanan | Akuakultur | Pengupasan kulit telur artemia di bahagian luar menggunakan larutan natrium hipoklorit (NaOCl). Kelebihan nyahkapsul adalah dapat membunuh protozoa, bakteria dan kuman-kuman yang melekat pada telur serta mempercepat proses penetasan sista artemia. |
back-titration | pentitratan balik | Kimia | Kimia Analisis | Penitratan yang melibatkan penambahan reagen secara berlebihan dan diketahui amaunnya. Kelebihan reagen ini pula ditentukan secara penitratan. |
malnutrition | malpemakanan | Sains Kesihatan | Tiada | Gangguan dalam status pemakanan atau kesihatan yang tidak baik yang berkaitan dengan kekurangan atau kelebihan bekalan nutrien. |