Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.les.ta.rian] | کلستارين

Definisi : keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.les.ta.rian] | کلستارين

Definisi : keadaan lestari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelestarian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPengurusanPerancanganSuatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka.
block systemsistem blokPerikananTiadaPeraturan perikanan yang menetapkan bahawa aktiviti memancing perlu dilakukan mengikut kuota atau mengikut zon tertentu. Sistem ini bertujuan untuk memastikan kelestarian stok ikan.
arboriculturearborikulturPertanianAgroteknologiPenanaman pokok dan tumbuhan renek serta penjagaannya untuk memberikan nilai estetik pada landskap. Contohnya, penanaman pokok-pokok di kawasan taman awam sebagai tempat untuk beriadah selain untuk memastikan kelestarian alam sekitar.

Kembali ke atas