Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lom.po/] | کلومڤوق

Definisi : himpunan (beberapa orang, bina­tang, benda, dll), kumpulan (yg kecil bilang­annya, jumlahnya, dsb), gugusan (awan, bintang): di langit kelihatan ~-~ awan hitam bergerak perlahan-lahan menuju ke selatan; ~ bintang (pulau) gugusan bintang (pulau); ~ kata beberapa perkataan yg dianggap sbg satu kumpulan (ikatan), rangkai kata; berkelompok bersatu (berhimpun, berga­bung) menjadi kelompok (golongan kecil dll), berkumpul (bkn orang dll), (berada) berde­katan atau berdampingan hingga merupakan suatu kelompok atau kumpulan kecil: beberapa orang pekerja berehat ~ di bawah pokok; berkelompok-kelompok berhimpun atau berkumpul (terhimpun atau terkumpul) di dlm beberapa kelompok: pekerja-pekerja tersebut diasing-asingkan ~ menurut tugas masing-masing; mengelompokkan menyatukan (mengum­pulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-­kelompok tertentu, menjadikan berkelom­pok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; kelompokan kelompok (himpunan, kum­pulan kecil); kekelompokan perihal atau keadaan kelompok; pengelompokan perihal (perbuatan dsb) mengelompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lom.po/] | کلومڤوق

Definisi : kumpulan orang (binatang dll); gugusan bintang (pulau dll): ~ bintang gugusan bintang. berkelompok berkumpul menjadi kelompok; bergugus-gugus: Mereka duduk ~-kelompok, tiap-tiap kelompok sepuluh orang. mengelompokkan membahagikan atau mengasingkan kpd beberapa kelompok; menjadikan berkelompok-kelompok. pengelompokan perbuatan atau hal mengelompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelompok (kata nama)
1. Bersinonim dengan gugusan: kumpulan, himpunan, gerombol puak, kelas, kaum, kobok, orang gerombongan, rombongan, pasukan, gelung, regu, toboh,

2. Bersinonim dengan tumpak: longgok, gundukan, rangkai, gugus, tompok, timbunan, pusu, busut,

Kata Terbitan : kelompokan, berkelompok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political cleavagebelahan politikSains PolitikPolitik PerbandinganGambaran bahawa terdapatnya konflik atau perpecahan dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk etnik, kelas mahupun ideologi. Kehadiran kelompok-kelompok yang berkonflik antara satu sama lain ini menggambarkan masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai kelompok yang berbeza aliran, kaum dan kelas. Oleh sebab mahu mempertahankan kepentingan dan hak, maka kelompok-kelompok ini sering mengalami pertentangan dan menyebabkan kesepaduan tidak dapat diwujudkan. Belahan politik ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Terdapat masyarakat yang tinggi belahannya seperti di India dan terdapat juga yang sedikit seperti di Brunei Darussalam.
peer groupkelompok sebayaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara.
outgroupkelompok luarBioinformatikBioinformatik MolekulCabang pepohon filogenetik atau kladistik dengan nod punca yang sama, tetapi mempunyai jarak hubungan masa lebih jauh dengan kelompok dalam. Contohnya, takson A ialah kelompok luar, manakala takson B, C dan D ialah kelompok dalam. Kelompok luar digunakan sebagai titik perbandingan untuk kelompok dalam dan dihubungkan dengan nod punca yang sama. Banding kelompok dalam.
batch numbernombor kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranNombor, huruf atau gabungan kedua-duanya yang digunakan untuk mengenal pasti suatu kelompok bahan atau produk herba. Nombor kelompok membolehkan riwayat lengkap kelompok tersebut termasuk semua tahap pengeluaran, kawalan kualiti dan pengedaran dapat dikesan dan dikaji semula. Nombor kelompok dicetak pada bekas dan bungkusan luar produk.
batch packaging recordrekod pembungkusan kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang berkaitan dengan setiap tahap proses pembungkusan bagi suatu kelompok atau sebahagian kelompok produk siap herba. Rekod ini mengandungi maklumat lengkap kelompok produk seperti nama dan kuantiti produk pukal yang perlu dibungkus, kuantiti dan nombor produk siap, tarikh dan waktu operasi pembungkusan dan maklumat lain yang berkaitan . Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok.
batch manufacturing recordrekod pengilangan kelompokHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen bagi setiap kelompok produk siap herba yang mengandungi maklumat seperti rekod pembungkusan kelompok, rekod pemprosesan kelompok dan maklumat lain yang berkaitan.
primary batchkelompok primerHerbaPeraturan dan PemasaranKelompok produk herba yang dihasilkan untuk tujuan ujian kestabilan dan pendaftaran produk. Produk ini diperoleh sama ada daripada kelompok skala rintis atau kelompok keluaran.
production batchkelompok produkHerbaPeraturan dan PemasaranKelompok produk yang dihasilkan melalui proses pengilangan dalam kitaran yang sama. Produk dari kelompok yang sama mempunyai nombor kelompok, tarikh luput, ciri-ciri fizikal dan kimia serta sijil analisis yang sama.
semi-direct democracydemokrasi separuh langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba.
islet of Langerhanskelompok LangerhansFizikNanoteknologiKelompok sel yang berbentuk bulat atau bujur, yang berselerak di seluruh pankreas, dan bertindak sebagai kelenjar endokrin yang menghasilkan insulin dan hormon seperti lipokaik. Kelompok Langerhans dikenali juga sebagai kelompok pankreas.
12345678910...

Kembali ke atas