Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
negative capabilitykemampuan negatifKesusasteraanTiadaKemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
combining abilitykemampuan bergabungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan.
medical surge capacitykapasiti lonjakan perubatanKesihatan AwamTiadaKemampuan untuk menilai dan merawat jumlah pesakit yang meningkat melebihi kemampuan operasi normal.
housing affordability indexindeks kemampuan perumahanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengukur yang menggambarkan keupayaan isi rumah yang berpendapatan median membuat pembayaran ke atas pokok dan faedah pinjaman bagi rumah tertentu yang terdapat dalam pasaran semasa.
resistancerintanganPerikananAkuakulturKemampuan ikan untuk menahan dan tidak terjejas dengan serangan patogen tertentu. Rintangan juga merupakan keupayaan patogen untuk menahan kesan antibiotik atau kimia akibat daripada penggunaan kimia dan antibiotik yang berlebihan atau secara berterusan tanpa kawalan.
pathoskehibaanKesusasteraanTiadaKemampuan atau kekuatan dalam karya sastera yang menimbulkan rasa hiba, sedih, ghairah, haru, sendu, atau cinta kasih dalam diri pembaca.
virulencekevirulenanKejururawatanTiadaKemampuan mikroorganisma menyebabkan sesuatu penyakit.
digital agilityketangkasan digitalPendidikanTiadaKemampuan dan keupayaan yang dikembangkan untuk menggunakan teknologi digital dan sistem pengurusan pembelajaran untuk tujuan komunikasi dan pembelajaran.
embeddabilityboleh benamKejuruteraan AutomotifEnjinKemampuan sebuah galas membenarkan sedikit kotoran termendap di bawahnya bagi mengelakkan sebarang calaran pada aci engkol supaya jangka hayat galas lebih lama dan mengurangkan kos penyelenggaraan enjin.
moral compasskompas moralUmumTiadaKemampuan atau keupayaan untuk menilai perbuatan yang betul dan salah serta berkelakuan dengan cara yang sesuai.
12345

Kembali ke atas