sterility | kemandulan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan yang tidak berupaya untuk menghasilkan anak. Kemandulan ini boleh terjadi pada haiwan jantan atau betina. Pemeriksaan perlu dilakukan untuk memastikan haiwan tersebut mandul. Lazimnya, haiwan ladang akan ditakai apabila disahkan mandul. |
infertility | ketaksuburan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kemandulan haiwan untuk menghasilkan anak secara semula jadi. Ketidaksuburan pada haiwan boleh diatasi melalui kaedah rawatan atau pembiakan berbantu. |
azoospermia | azoospermia | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang menghasilkan semen, tetapi tidak mempunyai sperma. Azoospermia dikaitkan dengan tahap kesuburan yang sangat rendah atau kemandulan. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh masalah pengeluaran sperma atau saluran sperma tersumbat yang menghalang sperma sampai ke destinasinya. |
semen quality | kualiti semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan. |