nursing profession | profesion kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Profesion yang memerlukan pengetahuan kejururawatan, kod etika dan berkaitan dengan hal-hal kemanusiaan dan bertanggungjawab terhadap amalannya. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |
meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
iconic symbol | lambang ikonik | Kesusasteraan | Puisi | Lambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum. |
prague school | prague school | Kesusasteraan | Tiada | Organisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle. |
moral fiction | fiksyen moral | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang menonjolkan mesej moral. Fiksyen ini diperkenalkan oleh John Gardner. Dalam bukunya yang kontroversial berjudul On Moral Fiction (1978), Gardner menampilkan idea bahawa seni yang benar ialah seni yang bersifat moral dan berunsur pengajaran. Beliau memuji Hensy James, Leo Tolstoy, dan John Fowles kerana menghasilkan karya yang menunjukkan kebenaran moral yang tinggi, dan kebolehan meneroka kepada pembaca, dan menjelaskan nilai-nilai kemanusiaan. Sebaliknya, beliau mengkritik pengarang yang terlalu mementingkan aspek permukaan atau zahir fiksyen, sedangkan karyanya tandus dari segi moral. Menurut Gardner, terdapat karya yang cuba mengajar sesuatu kepada pembaca tetapi tidak bermoral. Karya seperti ini tidak termasuk dalam kategori fiksyen moral. Contoh fiksyen moral di alam Melayu ditemui dalam novel Saga oleh A. Talib Hassan, Iman Markisa oleh Azizi Abdullah, dan novel Bumi Manusia oleh Pramoedya Ananta Toer dari Indonesia. |
victimology | viktimologi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bidang yang mengkaji secara saintifik, yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang semua aspek yang berkaitan dengan mangsa jenayah, penyebab dan akibat pemangsaan jenayah. Bidang ini meliputi kajian tentang mangsa jenayah serta pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mangsa jenayah. Bidang ini termasuklah kajian tentang mangsa pelanggaran hak asasi, salah guna kuasa, konflik kemanusiaan dan bencana. |