practical salinity unit (PSU) | unit kemasinan praktikal (PSU) | Sains Marin | Tiada | Unit kemasinan air laut yang diukur berdasarkan sifat ke- konduksian air laut. Unit ini juga bersamaan dengan 0/1000 atau 0/00 atau g/kg. |
salinity | kemasinan | Sains Marin | Tiada | Ukuran jumlah garam terlarut di dalam jasad air yang diukur dalam unit kemasinan praktikal (PSU). Kandungan utama garam di lautan terdiri daripada natrium (Na) dan klorin (Cl) yang merangkumi 85.7% garam terlarut. Komponen lain air laut ialah magnesium (Mg), kalsium (Ca), kalium (K) dan sulfat (SO4). |
euryhaline | eurihalin | Perikanan | Akuakultur | Ketahanan terhadap perubahan kemasinan atau saliniti air. Ikan yang mempunyai sifat ini mempunyai ketahanan terhadap proses osmosis yang berlaku antara sistem badan dengan persekitaran air. Contoh ikan yang mempunyai sifat eurihalin ialah ikan siakap. |
artemia cyst | sista artemia | Perikanan | Akuakultur | Telur artemia yang belum menetas. Pada kemasinan lebih daripada 100 ppt, artemia akan menghasilkan telur. Telur tersebut akan dikumpulkan dalam keadaan dorman. Telur artemia kelihatan seperti partikel kecil berwarna coklat keperang-perangan dan berbentuk bulat. Sumber sista artemia diperoleh daripada tasik-tasik garam seperti Great Salt Lake, Amerika Syarikat. Sista artemia ditinkan bagi tujuan komersial. |
marine fish | ikan air laut | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di dalam laut pada tahap kemasinan 30 – 50 ppt. Contoh ikan air laut ialah ikan kerapu, ikan siakap, ikan bawal dan ikan haruan tasik yang diternak dalam sangkar laut terbuka. (SIHAT, TERNAK) |
brackish water fish | ikan air payau | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 – 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak. |
thermohaline circulation (THC) | peredaran termohalin (THC) | Sains Marin | Tiada | Peredaran air laut berskala besar yang dikawal oleh perbezaan ketumpatan air yang dipengaruhi oleh perubahan suhu dan kemasinan air laut. Secara asasnya, peredaran termohalin bermula apabila air di kawasan kutub menyejuk dan tenggelam lalu merebak ke segenap lautan. Aliran ini berterusan dan secara beransur-ansur bergerak ke permukaan dan akan kembali tenggelam apabila tiba di kawasan kutub hingga melengkapkan satu kitaran pergerakan air berskala global. |
ocean current | arus lautan | Sains Marin | Tiada | Pergerakan air laut yang mengalir di lautan, sama ada secara tetap atau berterusan. Arus ini dijana daripada daya yang bertindak pada air seperti faktor putaran bumi, angin, suhu, perbezaan kemasinan dan pengaruh graviti bulan. |
artemia | artemia | Perikanan | Akuakultur | Sejenis krustasea akuatik dan merupakan makanan hidup yang sangat penting. Artemia diperlukan sebagai makanan larva ikan dan udang di pusat pengeluaran benih di seluruh dunia. Artemia dijumpai hidup di tasik yang mengandungi kadar kemasinan yang tinggi yang lebih daripada 100 ppt. Artemia dijual dalam bentuk telur atau sista dan perlu ditetaskan sebelum digunakan sebagai makanan hidup untuk larva. |
halocline | haloklin | Sains Marin | Tiada | Lapisan air yang mengalami perubahan mendadak nilai kemasinannya berbanding dengan lapisan air di bahagian atas dan bawahnya. Haloklin menyebabkan stratifikasi turus air yang menghalang percampuran air di lapisan atas dan bawah. Contohnya, haloklin yang berlaku di kawasan muara disebabkan kemasukan air tawar dari sungai, seterusnya menghasilkan lapisan air dengan cerun kemasinan yang tinggi. |