social sciences | sains kemasyarakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cabang ilmu atau sains yang mengkaji perlakuan manusia dalam aspek sosial dan budayanya. Bidang ini merangkumi disiplin antropologi, sosiologi, psikologi, sains politik, ekonomi, linguistik, geografi, pengajian pembangunan, komunikasi politik, undang-undang, ekonomi, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun disiplin undang-undang, ekonomi dan pengurusan perniagaan telah berkembang dengan pesat dan sudah memiliki subbidang tersendiri. Contohnya, bidang penyelidikan sains sosial di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor kaum kerana latar belakang masyarakat yang sangat majmuk. Sinonim sains sosial. |
social sciences | sains sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat sains kemasyarakatan. |
social planning | perancangan sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses perancangan yang mementingkan aspek kemasyarakatan. |
neighbourhood restoration | pemulihan kejiranan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu kaedah pencegahan jenayah untuk menyelesaikan masalah persekitaran dan kemasyarakatan di sesuatu kawasan kejiranan. Contohnya, penyediaan taman permainan di kawasan kejiranan yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sihat sekali gus mengelakkan keterlibatan mereka daripada tingkah laku melencong. |
general will | kehendak umum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua. |