Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.ngan] | کمبڠن

Definisi : keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kembangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
red tidekembangan merahSains MarinTiadaFenomena blum alga dinoflagelat yang menyebabkan perairan pantai berwarna kemerahan. Keadaan ini dapat mengurangkan kandungan oksigen terlarut selain alga ini juga mengandungi toksin yang dapat menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut mengalami kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini.
bearing spreadkembangan galasKejuruteraan AutomotifEnjinJarak lebihan kecil melebihi diameter gerek yang merentasi permukaan pemisah separuh galas yang bertujuan untuk memastikan padanan yang ketat antara galas dan perumah.
dinoflagellatedinoflagelatSains MarinTiadaKumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah.
algae bloomblum algaSains MarinTiadaPertumbuhan alga yang sangat pesat disebabkan oleh peningkatan kandungan nutrien yang tinggi, terutamanya nitrogen dan fosforus dalam sistem akuatik. Blum alga biasanya melibatkan satu atau beberapa spesies fitoplankton tertentu dan dapat dikenali melalui perubahan pada warna air disebabkan kepadatan sel berpigmen yang tinggi. Blum yang melibatkan alga bertoksin pula dikenali sebagai 'blum alga berbahaya'. Kejadian blum alga berbahaya menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut menerima kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. Contohnya, blum alga dinoflagelat yang dipanggil "kembangan merah".

Kembali ke atas