Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melem­bung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seke­tika kendur (bkn perut), kembang kempis; mengembung menjadi kembung; mengembungkan menjadikan kembung, meng­gembungkan, menggelembungkan, melembung­kan, membusungkan: ~ perut; gembung I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ~ padi kepuk (tempat mengisi padi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, pelaling, temenung, Scomber spp.; ikan ~ lelaki sj ikan laut, Scomber kanagurta; ikan ~ perempuan sj ikan laut, Scomber negluctus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : 1 melembung kerana berisi angin dll; gembung: ~ kempis kembang kempis. 2 berasa senak kerana kemasukan angin (bkn perut). mengembung menjadi kembung. mengembungkan menjadikan kembung; menggembungkan; melembungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kem.bung] | کمبوڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Scomber spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembung (adjektif)
Bersinonim dengan kelembung, gelembung, gembung, bergembung, menjadi besar, melembung, senak;,
Kata Terbitan : mengembungkan,

Peribahasa

Laksana buntal kembung,
     perut buncit di dalamnya kosong.

Bermaksud :

Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flatulencekembungHerbaFitoterapiKewujudan angin atau gas yang berlebihan di dalam sistem pencernaan yang mengakibatkan ketegangan dan ketakselesaan di bahagian perut.
carminativekarminatifHerbaFitoterapiBahan yang berupaya melegakan perut kembung atau mengeluarkan angin dari saluran makanan.
bouncy castleistana ambulUmumTiadaModel besar boleh kembung, lazimnya berbentuk istana yang membolehkan kanak-kanak melompat-lompat dan bermain.
dyspepsiadispepsiaHerbaFitoterapiKesukaran pencernaan yang dicirikan oleh rasa ketakselesaan di abdomen seperti kembung, loya dan sendawa.
lactose intolerenttak tolerans laktosaSains KesihatanTiadaKeadaan yang dicirikan oleh ketidakselesaan dalam usus seperti kembung, kejang dan diarea akibat daripada pengambilan makanan yang mengandungi laktosa.
iridovirusiridovirusPerikananAkuakulturPenyakit ikan yang disebabkan oleh virus famili Iridoviridae. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung dan pembesaran organ limpa.
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.

Kembali ke atas