kemenyan | kemenyan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Styrax spp. daripada famili Styracaceae. Nama ini berasal daripada nama damar yang dikeluarkan oleh kulit kayunya. Spesies utama kayu ini termasuk Styrax benzoin, S. crotonoides dan S. paralleloneurum. Gubal kayu kemenyan dan teras kayunya dibezakan, dan berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kegunaan utamanya ialah damar kemenyan, yang digunakan untuk pengasapan atau perubatan tradisional. |
Styrax benzoin | kemenyan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk m |
expiatie | ruwatan | Kesusasteraan | Tiada | Upacara yang berkaitan dengan magis yang biasanya dilakukan pada awal persembahan. Contoh: membakar kemenyan dan membaca mantera pada pembukaan panggung dan cerita lipur lara. Kadangkala diadakan penyembelihan binatang seperti ayam dan kambing. |
expiatory sacrifice | ruwat | Kesusasteraan | Tiada | Upacara yang berkaitan dengan magis yang biasanya dilakukan pada awal persembahan. Contoh: membakar kemenyan dan membaca mantera pada pembukaan panggung dan cerita lipur lara. Kadangkala diadakan penyembelihan binatang seperti ayam dan kambing. |
resin | resin | Herba | Fitokimia | Campuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat tetapi sedap. Campuran ini membentuk bahan keras dan rapuh. Resin digunakan sebagai pewangi, pengilat, perekat dan penyalut kalis air bagi tekstil dan kertas. Contohnya, minyak keruing, kemenyan dan gaharu. |
resin | damar | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.). |