rubor | rubor | Kejururawatan | Tiada | Kemerahan yang menandakan inflamasi tisu. |
erythema | eritema | Kejururawatan | Tiada | Kemerahan kulit yang tidak normal akibat pengembangan kapilari darah. |
rubefacient | rubefasien | Herba | Fitoterapi | Bahan atau ubat sapu yang menyebabkan kemerahan pada kulit. |
conjunctivitis | konjunktivitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi konjunktiva mata yang dicirikan oleh kemerahan pada mata, kegatalan, berair, dan fotofobia. |
red tide | kembangan merah | Sains Marin | Tiada | Fenomena blum alga dinoflagelat yang menyebabkan perairan pantai berwarna kemerahan. Keadaan ini dapat mengurangkan kandungan oksigen terlarut selain alga ini juga mengandungi toksin yang dapat menyebabkan kematian haiwan laut besar-besaran terutamanya ikan dan kerang-kerangan. Manusia akan turut mengalami kesan buruk jika memakan haiwan yang tercemar ini. |
erysipelas | erisipelas | Herba | Fitoterapi | Keradangan lapisan kulit luar akibat jangkitan bakteria. Erisipelas dicirikan oleh tompok-tompok besar kemerahan dan bengkak pada kulit. |
menopause | menopaus/putus haid | Kejururawatan | Tiada | Pemberhentian haid seseorang wanita. Sesetengah wanita akan mengalami perubahan fisiologi seperti kemerahan muka, debaran jantung, kekeringan vagina dan kulit, serta gangguan emosi. |
eczema | ekzema | Herba | Fitoterapi | Keradangan kulit yang tidak berjangkit, juga dikenali sebagai dermatitis atopik. Ekzema dicirikan oleh kulit kemerahan, gatal-gatal dan rasa melecur yang menyebabkan kulit menjadi bersisik dan/atau mengeras. |
terra cotta | terra cotta | Kesenian | Hiasan Dalaman | Produk atau objek yang diperbuat daripada tanah liat tidak bersepuh dan berwarna perang kemerah-kemerahan.Terra cotta dibakar dan dibentuk menjadi corak tertentu. Contohnya, atap Singgora terra cotta yang banyak digunakan pada rumah tradisional Melayu di Kelantan dan Terengganu. |
inflammation | inflamasi | Kejururawatan | Tiada | Tindak balas badan terhadap kecederaan yang mungkin disebabkan oleh jangkitan, bahan-bahan kimia, atau agen fizikal. Ia mengakibatkan kesakitan, panas apabila disentuh, kemerahan, kebengkakan dan kehilangan fungsi bahagian badan yang terlibat. |