Definisi : 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahannya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 perkakas (alat) pd bahagian belakang kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2 alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3 ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi: Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1 mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2 memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1 orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2 orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)