Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.du.ran] | کموندورن

Definisi : perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.du.ran] | کموندورن

Definisi : keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mundur (adjektif)
1. Bersinonim dengan merosot: meleset, menjunam, jatuh, turun, susut, surut, berkurangan,
Berantonim dengan maju

2. Bersinonim dengan terkebelakang: tertinggal, tidak maju, kolot, konservatif, kuno, merosot, meleset, miskin,
Berantonim dengan maju

Kata Terbitan : memundurkan, kemunduran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dualismdualismeEkonomiTiadaKewujudan bersama di satu kawasan ekonomi dua keadaan atau fenomenon yang berlawanan dan saling terpisah daripada kumpulan masyarakat kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan kemiskinan dan kemewahan, sektor moden dan sektor tradisional, dan kemajuan dan kemunduran.

Kembali ke atas