covered interest arbitrage | arbitraj bunga dilindungi | Ekonomi | Tiada | Kegiatan memindahkan dana kewangan jangka pendek ke sebuah negara yang mempunyai kadar bunga yang lebih tinggi yang disertai dengan tindakan menutup kemungkinan kerugian akibat risiko turun naik kadar pertukaran. Tindakan mengelak kemungkinan kerugian boleh dilakukan dengan membeli mata wang asing di pasaran serta-merta, dan pada masa yang sama menjual mata wang itu di pasaran ke depan. |
probable case | kes kemungkinan | Kesihatan Awam | Tiada | Seseorang yang menunjukkan tanda dan gejala klinikal dan mempunyai hubungan rapat dengan kes disahkan sesuatu penyakit virus, tetapi belum melakukan ujian. |
feasibility study | kajian kemungkinan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kajian awal ke atas sesuatu cadangan pembangunan, sebelum perancangan terperinci atau pembangunan dilaksanakan. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
assurance | ansurans | Ekonomi | Tiada | Perlindungan bagi sebarang kemungkinan kerugian akibat peristiwa yang pasti berlaku seperti kematian. Ansurans juga dikenali sebagai insurans nyawa. |
legal hazard | bahaya undang-undang | insurans | Tiada | Peningkatan kemungkinan berlakunya kerugian disebabkan tindakan mahkamah. |
environmental risk | risiko alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kemungkinan ancaman atau potensi kesan buruk terhadap organisma hidup dan alam sekitar melalui aktiviti antropologi dan bencana alam. Contohnya, pelepasan sisa industri, pembakaran hutan, gempa bumi dan banjir. |
Hunter disability table | jadual hilang upaya Hunter | insurans | Tiada | Jadual yang menunjukkan kemungkinan berlakunya hilang upaya menyeluruh dan kekal. |
pure risk | risiko tulen | insurans | Tiada | Dalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif. |
risk | risiko | insurans | Tiada | Ketidaktentuan sesuatu kejadian akan berlaku apabila dua atau lebih kemungkinan wujud. Seseorang atau benda yang dinsuranskan. Risiko berbeza dengan bahaya dan peril. |