postpartum depression | kemurungan lepas bersalin | Perubatan | Psikiatri | Kemurungan yang dialami oleh seseorang wanita selepas bersalin dan biasanya berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu. |
depression | kemurungan | Kejururawatan | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit. |
psychotic depression | kemurungan psikotik | Perubatan | Psikiatri | Perasaan sedih atau pilu yang disertai dengan gejala psikotik. |
high-functioning depression | kemurungan fungsi tinggi | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit murung yang tidak terlalu serius dan berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah. |
low-functioning depression | kemurungan fungsi rendah | Perubatan | Tiada | Sejenis penyakit murung yang serius sehingga menghadapi masalah untuk melaksanakan tanggungjawab harian seperti tugas di tempat kerja dan kerja rumah. |
pseudodementia | pseudodemensia | Perubatan | Psikiatri | Keadaan seseorang yang mengalami kemurungan dan mempunyai ciri-ciri seperti demensia. |
antidepressant | antidepresan | Fizik | Nanoteknologi | Drug yang digunakan untuk merawat kemurungan. Drug ini bertindak ke atas aliran saraf penghantar epinefrina, serotonina dan norepinefrina merentasi neural sinaps. Contohnya, drug monamina oksidase (MAOI) seperti isokarbokazid (Marplan), drug trisiklik seperti imipramina (Tofranil) dan amitriptilina (Elavil). |
antidepressant | antidepresan | Farmasi | Tiada | Agen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung. |
cabin fever | demam kabin | Psikologi | Tiada | Keadaan individu yang mengalami perubahan emosi seperti kemurungan, kegelisahan dan kebosanan akibat terkurung dalam rumah atau sesuatu tempat untuk tempoh yang lama. |
affective disorder | gangguan afektif | Perubatan | Psikiatri | Gangguan psikiatri yang berkaitan dengan suasana, seperti kemurungan, gangguan dwikutub dan perasaan cemas. |