Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galebebadaiMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Angin yang luar biasa kuatnya. 2. Dalam peristilahan amaran ribut, angin yang kelajuannya antara 28 - 47 knot. 3. Dalam skala Beaufort, angin dengan kelajuannya antara 28 - 55 knot berdasarkan kategori seperti yang berikut: i. bebadai sendalu (28 - 33 knot); ii. bebadai segar (34-40 knot); iii. bebadai kencang (41-47 knot); dan iv. bebadai cekang kelat (48 - 55 knot).
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.

Kembali ke atas