keluri (Mal) | keluri | Kesenian | Tiada | Alat tiup berlidah dari kaum Kayan dan Kenyah, Sarawak. |
keledi (Mal) | keledi | Kesenian | Tiada | Alat tiup berlidah dari kaum Kayan dan Kenyah, Sarawak. |
selengut (Mal) | selengut | Kesenian | Tiada | Seruling yang ditiup di hidung dari kaum Kenyah dan Kayan, Sarawak. |
rabub (Mal) | rabub | Kesenian | Tiada | Alat tali yang digesek dan mempunyai satu tali dari kaum Kenyah, Sarawak. |
pensol (Mal) | pensol | Kesenian | Tiada | Serunai buluh yang ditiup dipangkal melalui lubang hidung secara melintang oleh kaum Kayan dan Kenyah, Sarawak. |
kui | kui | Muzik | Tiada | Muzik vokal kaum Kenyah-Badang di Sarawak yang dipersembahkan sebelum proses menyemai benih padi. Kui dinyanyikan oleh penyanyi solo lelaki dan korus. Persembahan ini melibatkan semua penduduk rumah panjang yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Dalam lagu ini, penyanyi memberi hormat kepada dewa padi dan memohon hasil tanaman yang baik. Sinonim kue. |
datun julud | datun julud | Muzik | Tiada | Tarian kaum Kenyah, Kajang dan Kayan di Sarawak. Tarian ini diiringi ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Penari menari secara berkumpulan dengan gerak-geri yang sama. |
double-spouted (vessel) | dwimuncung (bekas) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Bahagian muncung tembikar yang berkembar yang menghala ke arah kiri dan kanan, berperanan sebagai tempat penyimpanan air. Tembikar jenis ditemui di tapak Lubang Angin dan Gua Niah (Sarawak) pada tahun 1960-an oleh Tom Harrisson. Tembikar ini merupakan sebahagian daripada bekal pengebumian yang tidak pernah ditemui di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Tembikar ini juga mempunyai perlambangan bentuk seperti paruh burung enggang yang mempunyai kaitan dengan tradisi budaya suku Kenyah dan Kayan. |
kidiu | kidiu | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon bebas. Kidiu terdiri daripada sekeping kayu berbentuk bujur yang dipasang pada tali dan pemegang. Seorang pemain akan mengayunkan alat tersebut secara pantas untuk menghasilkan pic tertentu. Dua alat muzik ini biasanya dimainkan oleh dua orang secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan pic dan rentak tertentu. Kidiu dimainkan oleh suku kaum Kenyah-Badang di kawasan padi bukit semasa padi dituai untuk menghalau serangga perosak. Alat ini juga dimainkan oleh Orang Ulu di Sarawak. |
jatung utang | jatung utang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon. Jatung utang ialah alat zailofon yang terdiri daripada beberapa keping kayu yang ditiunkan. Kepingan kayu tersebut diletakkan mendatar di atas sebuah kotak kayu atau digantung pada rangka kayu yang berbentuk segi empat. Sistem tiunannya tidak diselaraskan tetapi biasanya menggunakan skel lima pic, iaitu skel pentatonik. Kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Jatung utang dimainkan dalam ensembel muzik suku kaum Kayan dan Kenyah di Sarawak. |