semi-skilled labour | buruh separuh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal. |
skilled labour | buruh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu. Misalnya, jurutera, juruterbang, dan arkitek. |
landscape management | pengurusan landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem dan ilmu kepakaran tentang pengurusan pembangunan landskap. |
white hat | topi putih | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer. Individu ini mengenal pasti dan memperbaik kelemahan tersebut untuk memperkukuh keselamatan sistem komputer dan bukannya pengguna hasad. |
destination management company (DMC) | syarikat pengurusan destinasi (DMC) | Pelancongan | Tiada | Syarikat perkhidmatan profesional yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan sumber tempatan untuk merancang dan mengurus acara, aktiviti, lawatan, program dan pengangkutan. |
cracker | perekah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam dan pengguna hasad yang menggunakan kemahiran pengatucaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer milik pihak lain. Beliau menerbitkan hasil kerjanya dalam bentuk kod perengkah, skrip, warez atau aturcara yang boleh digunakan oleh pengguna hasad lain seperti budak skrip. Sinonim topi hitam. |
herbarium | herbarium | Herba | Tiada | Tempat menyimpan koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik. Tempat ini memiliki ciri bangunan, kemudahan, peralatan, kakitangan terlatih dan jaringan kepakaran yang memenuhi syarat tertentu. Contohnya, herbarium di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. |
post-industrial society | masyarakat pascaindustri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang telah melalui zaman perindustrian awal dan kini melalui zaman yang lebih maju daripada masyarakat industri. Masyarakat pascaindustri merupakan kesinambungan dengan masyarakat industri. Dalam masyarakat pascaindustri, penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan robot amat penting. Keadaan ini meningkatkan penggunaan buruh kolar putih yang bersifat kepakaran dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perkhidmatan, pasaran serta pendidikan dan sekali gus mengurangkan penggunaan buruh kolar biru. Kesan daripada perkembangan ini, kilang intensif buruh banyak dipindahkan ke negara sedang membangun, kawasan pinggir bandar semakin diminati kerana kurang sesak dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan birokrasi menjadi lebih kecil. Secara tidak langsung, kesan politik muncul apabila sentimen wilayah atau desakan kepada desentralisasi bertambah apabila wilayah kecil mahukan lebih autonomi daripada pentadbiran pusat. |
teleradiology | teleradiologi | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kaedah transmisi imej radiologi seperti imej sinar-X, imbas CT, MRI dan ultrabunyi dari pelbagai lokasi dengan menggunakan komputer, rangkaian telefon dan kemudahan Internet. Transmisi imej ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dengan pakar perubatan lain atau bagi tujuan laporan pakar perubatan. Kaedah ini membolehkan pakar radiologi memberikan khidmat kepakaran mereka kepada pesakit yang sedang mendapatkan rawatan tanpa perlu berada di hospital. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein. |