Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pan.ja.ngan] | کڤنجڠن

Definisi : 1. perihal panjang (lama dll), kelanjutan: kata pengantar yg ditulisnya itu memang panjang, satu ~ yg disengajakan; 2. terlalu panjang: nampak seolah-olah kaki dan lengannya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coefficient, contractionkoefisien kisutHidrologiTiada(1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang.
prolongationkepanjanganSains KesihatanTiadaPemanjangan bunyi oleh individu yang gagap, seperti j... enis dan k ... ayu.
seasonmusim; mengering (kayu)GeografiTiadaMusim: Tempoh masa biasanya berdasarkan kepanjangan dan keamatan sinaran suria.
bamboo internoderuas buluhBuluhTiadaBahagian batang yang terletak di antara dua buku. Kepanjangan ruas buluh berbeza-beza mengikut spesies. Contoh buluh yang mempunyai ruas panjang ialah buluh nipis (Schizostachyum zollingeri).
Mayaca sp.Mayaca sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.

Kembali ke atas