allegiance | kesetiaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu. |
environmental conscious design compliance | kepatuhan reka bentuk peka alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk alam sekitar yang mematuhi peraturan, kod dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa atau badan profesional. |
puritanism | puritanisme | Kesusasteraan | Tiada | Pegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika. |
prescribed therapeutic regimens | regimen terapeutik bertulis | Kejururawatan | Tiada | Pengekalan kesihatan yang memerlukan kepatuhan terhadap peraturan yang diarahkan oleh pegawai perubatan, contohnya pemakanan, ubat, atau senaman. |
environmental regulation | peraturan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Dasar yang diluluskan oleh kerajaan berkaitan dengan kepatuhan atau tanggungjawab individu, organisasi dan entiti tertentu. Peraturan alam sekitar bertujuan untuk mengawal dan mencegah pencemaran serta melindungi dan menambah baik kualiti alam sekitar. |
child grooming | pengantunan kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan jenayah pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
child sexual grooming | pengantunan seksual kanak-kanak | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan persediaan awal yang dilakukan oleh pelaku dewasa terhadap mangsa kanak-kanak dengan menjalinkan hubungan mesra bagi tujuan melakukan serangan seksual pada masa hadapan. Tindakan ini termasuklah mendapatkan akses kepada mangsa, membina hubungan kepercayaan dan kepatuhan, serta memastikan kerahsiaan agar perbuatan pelaku tidak terdedah. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |