Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pen.ti.ngan] | کڤنتيڠن

Definisi : 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,

Peribahasa

Manusia tertarik oleh tanah airnya,
     anjing tertarik oleh piringnya.

Bermaksud :

Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vested interestkepentingan diriSains PolitikPolitik PerbandinganKepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat.
single interest policypolisi kepentingan tunggalinsuransTiadaInsurans yang melindungi kepentingan hanya satu daripada beberapa pihak yang mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas harta tertentu.
interest groupkelompok sekepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan.
voluntary organizationorganisasi sukarelaSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan yang dibentuk bagi melakukan kerja-kerja sukarela untuk kepentingan orang ramai. Organisasi seperti ini lazimnya mempunyai matlamat yang baik iaitu untuk memberi kemudahan atau memperjuangkan sesuatu kepentingan yang tersendiri seperti pemeliharaan alam sekitar, perjuangan hak asasi, pembelaan hak wanita, perjuangan kepentingan buruh atau pergerakan pengakap, pandu puteri, palang merah dan kadet polis. Badan ini boleh berbentuk kecil-kecilan seperti persatuan di kampung atau boleh juga bersifat pertubuhan yang besar dan global seperti Pertubuhan Kehidupan Binatang Liar Sedunia (WWF). Anggota yang menganggotai pertubuhan ini tidak memikirkan matlamat keuntungan atau kepentingan kewangan sebaliknya bergerak untuk memenuhi matlamat pertubuhan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang merupakan organisasi sukarela yang aktif bergerak untuk memelihara kepentingan pengguna di Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya.
beneficial interestkepentingan bermanfaatinsuransTiadaKepentingan yang timbul daripada sesuatu polisi insurans.
insurable insterestkepentingan boleh insuransinsuransTiadaKepentingan ke atas objek yang diinsuranskan (atau hubungan undang-undang dengan ke atas objek yang berkenaan) yang sekiranya berlaku sesuatu kejadian, insured akan mengalami kerugian kewangan.
interest aggregationpengumpulan kepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganLihat agregasi kepentingan.
national interestkepentingan nasionalSains PolitikPolitik PerbandinganPerkara utama yang melibatkan keselamatan, kekuatan ekonomi, tahanan dan pembangunan. Kepentingan ini perlu dipelihara untuk mewujudkan dan membantu pemerintah membentuk sebuah negara yang aman, selamat dan maju. Contohnya, sewaktu krisis kewangan 1997, kerajaan Malaysia mengambil langkah menyekat pengaliran keluar wang negara dalam jumlah yang besar.
pressure groupkumpulan pendesakSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia.
high-stake testingujian kepentingan tinggiPendidikanTiadaProgram pentaksiran yang keputusannya mempunyai kesan yang penting kepada pelajar, guru, sekolah, atau negara, seperti kepentingan dari segi kenaikan kelas, pensijilan, dan pengijazahan.
12345678910...

Kembali ke atas