Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.per.luan] | کڤرلوان

Definisi : apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physiological needskeperluan fisiologiKejururawatanTiadaKeperluan asas bagi mengekalkan fungsi organisma hidup seperti air, udara, nutrisi, perkumuhan, tidur, rehat dan termoregulasi. Keperluan ini merupakan dasar dalam hierarki piramid Maslow.
course developerpembangun kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang bertanggungjawab merancang, merangka dan mereka bentuk sesuatu kursus mengikut keperluan program akademik atau keperluan sesuatu organisasi yang perlu disesuaikan dengan persekitaran e-pembelajaran. Justeru, pembangun kursus mesti memiliki kemahiran alat e-pembelajaran.
protein requirementkeperluan proteinPerikananAkuakulturJumlah protein yang diperlukan oleh sesuatu ternakan pada setiap hari untuk menjalankan proses pengeluaran seperti pertumbuhan dan juga untuk membaik pulih tisu yang rosak. Jumlah minimum yang diperlukan haruslah sama dengan jumlah protein endogen yang dikumuhkan melalui najis, urin dan peluh. Kebiasaannya, keperluan protein untuk ternakan muda lebih tinggi berbanding dengan ternakan dewasa. Sekiranya protein yang dibekalkan dalam makanan kurang daripada keperluan protein ikan, maka kadar tumbesaran yang optimum tidak dapat dicapai. Namun begitu, bekalan protein melebihi keperluan protein ikan peringkat tersebut akan menjadi pembaziran protein kerana tumbesaran berkadar terus dengan sumbangan protein dalam diet sehingga ke aras keperluan protein optimum sahaja. Selepas aras tersebut, penambahan kandungan protein tidak lagi dapat meningkatkan tumbesaran.
octane requirementkeperluan oktanaKejuruteraan AutomotifEnjinNombor oktana bahan api minimum yang diperlukan oleh enjin tertentu untuk beroperasi tanpa bunyi ketukan. Piawai keperluan oktana yang digunakan oleh kenderaan yang berenjin gasolin di Malaysia ialah nombor oktana 92.
social pleaserpenggembira masyarakatUmumTiadaSeseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim people pleaser.
people-pleaserpenggembira orangUmumTiadaSeseorang yang suka mendahulukan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri sendiri. Sinonim social pleaser.
smart powerkuasa bestariSains PolitikTiadaKeupayaan yang menggabungkan keperluan ketenteraan yang kuat dan juga keperluan melakukan pelaburan besar dalam pakatan, perkongsian, dan institusi dari semua peringkat untuk memperluas pengaruh seseorang dan menetapkan legitimasi tindakan seseorang. Kuasa bestari merujuk kepada gabungan strategi kuasa keras dan kuasa lembut.
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
sustainable developmentpembangunan mapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
flexible learningpembelajaran luwesTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang menawarkan pilihan masa, lokasi, pengajaran, kandungan dan mod penyampaian mengikut keperluan pelajar tersebut. Pilihan pelajar tertakluk kepada keperluan kursus dan pensijilan. E-pembelajaran memudahkan pelaksanaan pembelajaran luwes. Sinonim pembelajaran fleksibel.
12345678910...

Kembali ke atas