Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pi.ngan] | کڤيڠن

Definisi : sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flocculationpengelompokanFizikNanoteknologiProses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah.
plastic baking sheetkepingan pembakar plastikKesenianHiasan DalamanKepingan nipis, biasanya fenolik yang diletakkan di belakang panel plastik berlamina. Kepingan tersebut dikenakan tekanan tinggi untuk mendapatkan keseimbangan dengan cara menyamakan kadar serapan kelembapan atau pelepasan.
targetsasaranTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKepingan bahan di dalam tiub hampagas yang digunakan untuk menghasilkan sinar-X. Kepingan bahan tersebut diletakkan pada sudut tertentu dan dibedil oleh elektron berhalaju tinggi untuk menghasilkan sinar-X cirian dan selanjar. Kepingan bahan ini juga perlu mempunyai takat lebur yang tinggi, bernombor atom tinggi, dan mampu untuk mengalirkan haba dengan baik. Kepingan ini biasanya diperbuat daripada tungsten atau emas yang ditampal pada anod tembaga. Lihat juga sinar-X cirian, sinar-X selanjar.
metal sheet formingpembentukan kepingan logamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemprosesan kepingan logam menjadi pelbagai bentuk melalui penekanan.
panelingpanelanKesenianHiasan DalamanKepingan yang direka bentuk sebagai kemasan untuk menutup dinding atau siling. Kepingan ini biasanya diperbuat daripada kayu terpilih untuk memastikan kekuatannya, dan sebagai hiasan. Panelan sering juga digunakan sebagai dinding sesekat pada sesebuah ruang serta bertindak sebagai agen penebat akustik yang baik.
Dutchman attachedpasak BelandaKesenianHiasan DalamanKepingan kayu atau bahan lain yang digunakan untuk menutup bukaan atau kerosakan pada kepingan kayu atau bahan yang lain, secara menegak atau melintang dalam bentuk tanggam.
stain glasskaca stainKesenianHiasan DalamanKepingan kaca yang telah melalui proses kimia dan dibakar sehingga mencapai warna yang dikehendaki. Kepingan kaca berwarna yang bercorak digunakan pada sebarang bentuk bukaan pada tingkap atau pintu untuk menimbulkan refleksi hiasan kesan pantulan cahaya.
carpet tilesjubin karpetKesenianHiasan DalamanKepingan karpet berbentuk segi empat berukuran kecil seperti jubin yang dilekatkan pada permukaan lantai secara kepingan 12 x 12 (300 mm x 300 mm) hingga 24 x 24(600 mm x 600 mm). Jubin karpet menjadi semakin digemari kerana reka bentuk tekstur permukaan dan warnanya memudahkan corak dibentuk. Antara kelebihan menggunakan jubin karpet dalah mudah diselenggara.
slatebatu lohKesenianHiasan DalamanKepingan batu yang mempunyai bentuk dan warna semula jadi yang pelbagai untuk kegunaan kemasan lantai, dinding dan bumbung. Kepingan batu ini juga digunakan sebagai kemasan perabot. Juga dikenali sebagai sabak.
bamboo laminalamina buluhBuluhTiadaBilahan buluh yang direkat untuk menghasilkan satu kepingan yang seragam tebalnya. Sinonim kepingan buluh.
12345678910...

Kembali ke atas