Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pua.kan]/[ke.pua/.kan] | کڤواقن

Definisi : yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kepuakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sectarianismfaham kepuakanSains PolitikPolitik PerbandinganLilhat sektarianisme.
disintegrationperpecahanSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi atau keadaan berpecah belah yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara akibat daripada perbezaan pendapat, kepuakan, tuntutan autonomi pentadbiran dan persaingan politik. Perpecahan ini biasanya wujud dalam masyarakat yang bersifat majmuk. Situasi ini biasanya mengakibatkan masyarakat atau negara berkonflik sesama sendiri. Konflik ini boleh bersifat permusuhan, pemisahan kawasan, pergaduhan kecil atau peperangan terbuka. Perpecahan boleh menyebabkan struktur negara tersebut berubah daripada sifat asalnya kepada penubuhan negara baru manakala perpecahan masyarakat pula akan menggugat kesepaduan sesama anggota. Contohnya, perang saudara yang berlaku di negara bekas Yugoslavia pada dekad l990-an telah menyebabkan perpecahan di negara tersebut.
sectarianismsektarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan.

Kembali ke atas